Sirah: Nabi Muhammad saw

Assalamualaikum

like dijanjikan~
mai kongsi

Bab 1

Nabi Muhammad Saw Pembangun Tamadun Manusia.

-Seorang nabi akhir zaman yg diutus Allah kepada umat manusia dan jin.
-Mengajak seluruh manusia dan jin supaya mengenal, mengakui dan akhirnya mengabdikan diri ke hadhirat -Allah swt berlandaskan syariat.
-Mengajak manusia berakhlak mulia dan terpuji.

Sabda Nabi, “Tidaklah aku diutuskan ( selain mengajak manusia dan jin kepada mengesakan dan mengabdikan diri kepada Allah swt ) melainkan ( juga) untuk mengajar mereka budi pekerti yang indah dan mulia”.

Antara Akhlak terpuji

Tidak makan bangkai binatang, atau sembelih atas nama berhala
Ini yg dinyatakan oleh ja’far bin Abu talib kpd raja an- Najasyi, raja Habsyah, memperjelas peraturan agama baru yg dianutinya, islam.

Salasilah keturunan nabi

Qusai Datuk Nabi Paling terkemuka.

-Datuk nabi yg keempat
-Nama sebenar Amru, Qusai nama sanduran, nama yg lebih terkenal.
-Ayahnya Kilab, juga nama sanduran, yg bermaksud anjing. Nama sebenar Hakim
-Qusai bin Kilab atau ( Amru bin Hakim )
-Pembesar pertama pegang banyak jawatan di Mekah
-Mendapat jawatan al-Hijabah ( pemegang kunci Kaabah ) dari suku Khuza’ah, ketika usia 50 tahun.
Setelah 500 tahun sebelumnya, jawatan itu dipegang oleh kaum Jurhum.

Ada ceritanya~

Kilab bin Murrah, berkahwin dgn Fatimah bt Saad bin Sayal, dikurniai dua anak lelaki, Zuhrah dan Qusai.
Ketika kecil lagi , ayahnya Qusai meninggal.Lalu Fatimah berkahwin kali ke2 dgn Rabiah bin haram, dan berpindah ke Syam. Dan di sana, mereka dpt anak bernama Darraj. Mereka membesar bersama anak asli Syam. Satu hari, berlaku pergaduhan antara Qusai dgn Darraj, dan Qusai mengadu kasih kepada ayah tirinya.

Tetapi diejek keluarga belah Rabiah, ini kerana Qusai tidak tau ayah kandungnya sudah lama meninggal, dan menyangka Rabiah, ayah tirinya akan berpihak kpdnya. Kerana tersinggung, Ibunya sendiri telah menerangkan sendiri kepada Qusai, ayahnya Kilab telah lama meninggal di Mekah.

Qusai kembali ke Mekah

Kerana mahu berhubung kembali dgn kerabatnya di Mekah, Qusai menjadi pengembara. Tetapi waktu itu penguasa Kota Mekah dipegang oleh kaum Khuza’ah, bukan lagi kaum Jurhum ( kaum nabi ismail, krna isteri Nabi ismail dari kaum Jurhum ). Dan sekarang lebih kepada kaum Quraisy.

Sekembalinya ke Makah, didapati pemegang kunci Kaabah dipegang oleh Hulail bin habsyah ( kaum Khuza’ah), dan Qusai berazam untuk merampasnya kembali.

Qusai Bersahabat dengan Penjaga Kaabah

Qusai dan Hulail bersahabat. Rapat. Kerana baik, Hulail mahu Qusai masuk menjadi keluarganya.

Berkahwin dengan Anak perempuan Hulail

Kerana karib hubungan mereka, Qusai dikahwinkan dgn anak Hulail yg amat jelita, Hubba.
Qusai dan Hubba saling cinta mencintai. loving2 gitu~
Dan ini lebih memudahkan Qusai memiliki Kunci Kaabah kerana Hulail sudah jadi bapa mertuanya. Untuk menunggu bapa mertuanya besara dari memegang jawatan itu, Qusai berniaga. Dan kaya raya. Dan dihormati. Dan ini memudahkan dia mendapat kepercayaan untuk memiliki jawatan itu.

Qusai terus disingkir

Pabila ajal Hulail tiba, maka mengikut wasiat yg dibuat , jawatan pemegang kunci Kaabah diserahkan kepada Isteri Qusai, Hubba, anak perempauan Hulail.
Setelah lama , dan makin tua, tidak larat, jawatan terhormat lagi mulia itu perlu diserah kpd orang lain. Siapa?
Tidak dijangka. Kepercayaan kepada kaum lebih tinggi drpd suami tersayang. Jawatan itu di serahkan kpd salah seorang drpd kaum Khuza’ah jua. Bukan suaminya, Qusai.

Kunci Kaabah jatuh ke tangan Qusai bin Kilab

Jawatan itu jatuh kepada, Abu Ghibsyan al- Khuza’I, si kuat minum arak dan always mabuk. Tidak sesuai tapi nasib badan.
Kerana ketagih arak, Abu Ghibsyan berjumpa Qusai, saudagar kaya raya, meminta arak yg banyak. Peluang! Qusai meminta ditukar ganti dgn Kunci Kaabah, kerana dikira harganya hampir sama. ( mungkin harga arak time tu amat mahal..kot) kerana sambil lewa tidak fikir panjang, meraka setuju.
Hal ini sampai juga kepada telinga kaum Khuza’ah, dan khuatir kunci Kaabah akan terlepas daripd mereka. Tetapi, amat payah kerana Qusai sudah bersaudara dgn mereka. Malahan Qusai yg bijak lagi cerdik meminta kaumnya, Quraisy jd back up, pertahan hak milik kunci kaabah sudah beralih bwh jagaan Qusai, ikut jual beli dgn Abu Ghibsyan.

Dgn ini, kaum Khuza’ah dihalau keluar dari Kota Mekah, dgn hina dinanya. Kerana menyerahkan amanah kpd orang yg tidak berhak, atau lalai.
Lalu semua jawatan2 penting di Kota makah di pegang semula suku2 Quraisy.

10 jawatan tersebut adalah~

al- Hijabah ( pemegang anak kunci Kaabah ), org berkepentingan perlu berjumpa dgn pemegang jwtan ini jika mahu masuk ke dalam Kaabah, atau hal2 berkaitan Kaabah.

al- Siqayah ( pemberi minum air kpd jemaah haji ), setiap musim haji, tugasnya menyediakan bekalan air untuk jemaah dari jauh, jika Mekah tiada air, perlu mencari di negeri2 atau daerah luar.

al- Rifadah ( mengurus makanan kpd jemaah haji ), serupa di atas, tetapi lebih kepada makanan. Yum~

al- Nadwah ( mengurus Balai Pertemuan, mesyuarat ), memastikan balai sentiasa sedia diguna bila2 masa. Di balai inilah Abu jahal dan Utbah bin Rabiah merancang membunuh nabi, semasa tahun ke 13 kenabian.

al- Liwa’ ( penjaga bendera perang), memastikan bendera sentiasa tersedia, tidak koyak, dan sentiasa bersih.

al- Qiadah ( panglima angkatan perang ), selepas meninggalnya Abdul Mutalib, pemerintah Kota Makah terkemuka, jawatan dipegang oleh Harb bin Umayyah, ayahnya Abu Sufyan.

al- Muasyawarah ( pengendali majlis mesyuarat ), mengendali urusan pengaduan rakyat.

al- Kubah ( membantu angkatan perang ), berganding dengan si pemegang jawatan al- Qiadah, bila berlaku peperangan.

al- Hukumah ( jabatan pemerintah ), menyelesai masalah pertelingkahan, mcm hakim~.

as- Safarah ( perwakilan ), mcm diplomat, bijak berunding, mencari perdamaian antara kaum. Jwtn ini pernah disandang oleh Utbah bin Rabiah, dan Umar al Khattab.


Keturunan Qusai bin Kilab

3 org anak lelaki yg masyhur.

Abdul Dar
Pada mulanya, jawatan terhormat di pegang oleh anak sulungnya ini, kemudian anak2nya abu Dar.
Setelah terlalu dimonopoli, Abdul manaf tidak puas hati, berusaha sedaya upaya, segala usaha lalu berpindah kpdnya.

Abdul Manaf
Setelah meninggal, jwtannya dipengang oleh anaknya yg 4.
Di tahun2 kemudiannya, zaman Abu talib memimpin bani Hasyim, dibahagi jawatan2 yg masyhur kepada bani hasyim, bani Umayyah, bani Makhzum, bani sahum, bani jamuh, bani taim, bani adi, bani zuhrah bani asad, bani Naufal.

Abdul Uzza
Kewibawaannya agak kurang. Tidak cuba rebut jawatan.

//Panjang an..!!
err..sape sudi lepak rumah aku~
tolong, sama2 baca dan taipkan huraian kisah nabi ni..hehe
sure aku appreciate lot2~
saja nak kongsi, kira kerja gak..
gaji aku pay~ hihihihi.
 ^_^
//

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM