Sirah: Nabi Muhammad saw, 12
Assalamualaikum..
hum..lmbat kot update, p jejalan jauh. saje~
pst, dah sampai citer kawin Nabi junjungan kita~
hoho!!
hum..lmbat kot update, p jejalan jauh. saje~
pst, dah sampai citer kawin Nabi junjungan kita~
hoho!!
Bab 12
Masuk ke Alam Perkahwinan
Siti Khadijah bercita2 untuk mengahwini Nabi
Siti Khadijah bt Khuwailid dilanda keresahan selagi tidak dpt meluahkan isis hatinya itu. Pakah cara yg sesuai. Teringat Siti Khadijah kpd rakannya yg amt setia kepadanya dan baik akhlak budinya. Nafisah bt Munabbih, di mana dia mempunyai hubungan baik dgn Abu talib dan juga kenal dgn Nabi.
Berjumpalah mereka, lalu terungkaplah hasrat siti Khadijah yg sudah jatuh cinta dgn nabi yg kacak lagi berbudi bicara, lalu meminta agar kawan baik itu segera bertemu Nabi mengenai pendapatnya yakni ingin berumah tangga dengan Nabi.
Dengan senyum manis, wajah menawan, melangkah lah Nafisah ke rumah Abu Talib, untuk berbicara dgn nabi soal hati baginda pula…hehe berjumpanya mereka, berkatalah Nafisah;
“Wahai Muhammad, aku yakin umurmu sudah cukup utk engkau membena rumah tanggamu. Tetapi apakah sebabnya engkau masih belum menentukan pilihan utk Kahwin?”
“Bagaimana aku boleh memikirkan soal itu. Sedangkan aku tidak memiliki apa2pun untuk berkahwin?” jawb Nabi, jujur.
“Seandainya ada org yg ingin menutup kekurangan tersebut, bagaimana pendapat engkau? Engkau akan dilimpahkan kebaikan, kemuliaan dan harta?” Nafisah cuba memancing hati Nabi~
“Bagaimana ini hal mungkin terjadi?” perasaan ingin tahu Nabi membuak2, semangatnya tinggi, siapakah insan yg boleh menolong baginda dgn kekayaan itu~
“Tentu boleh jadi” Balas Nafisah, penuh yakin, cukup mencuri perhatian Nabi.
“Siapakah genrangan orang tersebut?” soal Nabi, baginda sudah tidak sabar.
“Khadijah bt Khuwailid” jawabnya Nafisah, hanya 3 patah, terbongkarlah rahsia perasaan pedagang kaya itu.
“Apakah pula yg dapat aku lakukan untuk itu?” nabi terasa serba salah, sedang org tersebut itu majikannya.
“Hal itu usah engkau risaukan, serahkanlah kepadaku utk mengatur dan mengurusnya” pendapat Nafisah, membuat hati Nabi lega. Fuh~
Nabi pun mengelamunlah, wajahnya yg indah bak rembulan itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Mulalah merasakan lembaran baru hidup baginda yg bakal menempuh alam perkahwinan. Uhhu~
Kemudian baginda memberitahu Nafisah, baginda tidak keberatan menerima keinginan Siti Khadijah terhadap diri baginda itu. Dengan ini Nafisah dgn senang hati sudah menerima keputusan, dengan girang pulanglah dia ke rumah si janda kaya yg sudah dilamun cinta itu. hoho misi berjaya~
Adapun riwayat lain, Nabi meminta dulu utk mendengar pendapat Abu Talib. Tapi adakah ini bermakna Nabi kurang minatnya dengan Siti Khadijah? Adakah jika bapa saudaranya itu setuju, maka Nabi pun setuju kerana jaga hati bapa angkatnya itu?. Katakan nabi memang suka juga dgn Siti Khadijah, tapi Abu talib pula berpendapat, tunggulah wanita lain dahulu, jika tiada, baru kahwin dengannya. Bukankah ini akan melukakan hati Nabi?.
Maka senang disimpulkan lagi benar, Nabi juga mempunyai perasaan Cinta dengan Siti Khadijah, uhum~. Dan tentulah itu sebabnya Nabi tidak bercita2 untuk kahwin lain, selama mana Khadijah hidup bersama baginda. Malahan ketika meninggalnya Khadijah, Nabi tidak sebut soal Kahwin lagi tau!. Hinggalah kaum muslimat mengutus Khaulah bt Hakim, isteri kpda saudara susuan Nabi, iaitu Uthman b Maz’un utk berbicara dgn nabi, berkenaan hidup Baginda yg bujang itu. Perg setia~
Setelah lamarannya diterima, gembiralah Siti Khadijah, tahulah dia cintanya akan lebih mekar setelah berkahwin dgn Nabi. cepat2 lah dia bertemu Abu Talib, perlunya mendengar pendapat pembesar Qurasiy itu.
Nabi berkahwin dengan siti Khadijah
Tahulah Abu Talib, anak angkat kesayangan itu sudang menuju alam berkeluarga. Dia pun bergegas berjumpa dgn bapa saudara Siti Khadijah yg akan jadi wali pernikahan. Ini kerana Bapa Siti Khadijah, Whuwailid sudah pun tiada, sebelum terjadinya perang Fijar.
Lagi, menurut riwayat Ibnu Hisyam, setelah nabi menyatakan persetujuan dan mendapat restu Abu Talib, maka Abu Talib bersama Hamzah pergi berjumpa ayahnya Siti Khadijah. Sedang riwayat anak muridnya pula, Ibnu Ishak menyatakan mereka berjumpa Amru bin Asad, bapa saudaranya Siti Khadijah.
Dn yg ke2 itu lebih tepat.
Berjumpanya Amru dgn Abu Talib, berbincang akan tarikh dan mas kahwinnya. Actually, Amru tidaklah setuju mana, kerana dia, seorg tua yg terhormat dari Bani Asad, lebih memandang kpada harta kekayaan. Kerana berpendapat nabi kurang harta kerana tidak bekerja. Pernyataan ini amat tak betul. Tak berharta tidak bermakna tidak buat kerja. Sedang nabi pernah menggembala kambing di usia muda, malahan sudah pun pergi berniaga ke Syam. Jadi nabi bukan malas, tetapi kurang suka ke arah kebendaan.
Nabi bernikah dgn Siti Khadijah dgn mas kahwin sebanyak 400 dinar( riwayat lain 400 darham atau 20 ekor unta)
Flow de nikah~
(dah try ringkaskan..still)
Ucapan Abu Talib ketika berlangsung pernikahan;
“Segala puji bagi Allah yg menjadikan kami dari anak cucu Ibrahim, mengembang keturunan Ismail, dari Maad kpd Mudhar. Dia berkenan menjadikan kita penjaga rumahnya, utk tujuan haji, agar terus makmur, kitalah pemerintah mereka”
“Adapun sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad b Abdullah, akan kita kahwinkan dgn Siti Khadijah tidak boleh disamakan dgn lelaki yg lain., Dia memiliki kemulian, kebangsawan dan keutamaan. Dia tidak kaya dari sudut demikian, kerana harta tidak abadi.”
“Saudara2, tahulah dia bercita2 memperisterikan Khadijah, begitu juga Khadijah mahu bersuamikan Muhammad. Kerana itu kesesuaian kedua2 pihak, kami menyambut gembira ikatan kekeluargaan bani Hasyim dgn bani Asad”
Selesainya Abu Talib berucap, maka bangkitlah Waraqah b Naufal, berucap ikut kecerdikannya;
“Segaka puji bagi Allah yg menjadikan kita seperti mana kata Tuan, bangsa yg mulia. Kita para penghulu bani arab. Betullah katamu Abu Talib tentang kemuliaan dan kebaikan kita bersama. Tidaklah kami tunggu2 selain terikatnya silaturahim bersama keluarga Tuan”
Setelah itu mulalah nafas nikah.
“Tuan2, Bahwa sesungguhnya saya nikahkan Khadijah bt Khuwailid dgn Muhammad b Abdullah dgn mas kahwin sebanyak 200 dinar”
(adapun riwayat lain yg menikahkan nabi bukan Waraqah tetapi Amru sendiri)
Utk lebih meriah tentulah ada kenduri kahwin, maka segala pembesar2 Quraisy, pahlawan2, saudagar dijemputnya Amru utk menyambut hari yg indah itu. Malahan Khadijah sendiri memerintah pekerjanya menyembelih unta2 miliknya pula.
Berkahwinlah khadijah di usia 40 tahun dan nabi 25 tahun.
Dan! Ada lain2 pendapat, menyatakan tidak logiklah usia khadijah 40 tahun, kerana..
1 Sedangkan dia bakal mendapat 6 org anak dgn Nabi. mungkin dia tidak mampu jika usia telah pun 40 tahun.
2 suaminya yg terdahulu, Abu Halah b Zurarah ar-Tamimi, dan Atiq bin al-Makhzumi, masing2 dgn telah mendapat seorg anak, dan kedua2nya nama yg sama Hindun. Tetapi meninggal diusia muda.
3 tentu jarak masa perkahwinan antara suami pertama dan ke2 tidak jauh berbeza.
Maka, usianya 40 tahun itu kerana ikut pengiraan waktu. Khadijah meninggal dunia diusia 65 tahun, sewaktu tahun 10 kenabian.
Rupa bentuk Rumah Nabi
Rumah nabi bersama isterinya, dibina antara rumah bapa saudaranya, Abdul Uzza( Abu Lahab), dan rumah Uqbah bin Abu Muaith, pembesar Quraisy yg kaya raya, byk kambing, di mana dijaga oleh Abdullah bin Ma’sud.
Rumah Nabi sederhana shja, ruang luarnya dibina 4 x 6 meter. Bilik dlm rumah sebanyak 5 buah, satu bilik terpisah dari ibu rumah. Jadi kesemua ada 6 bilik.
Salah satu bilik tentulah bilik tidur nabi, yg lain, bilik beribadah baginda yg berukuran 3 x 3 meter, bilik untuk isteri baginda bersalin, and 2 bilik pabila dapat anak nanti. Bilik ke4 sengaja terpisah dari rumah ibu, yakni bilik tamu. Selain itu ada bilik yg lebih kecil dan dibina rendah dari bilik2 yg lain, bilik Wuduk.
Memelihara Zaid bin Harithah
Sepupu Khadijah, Hakim bin Hizam bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab, seorang pembesar Quraisy telah membeli Zaid b Harithah di Pasar Ukaz, di mana kemudiannya diserahkan kepada Khadijah untuk dijadikan hamba, sewaktu itu, khadijah belum berkahwin.
Melihat kecerdikan dan ketangkasan yg ada pda diri Zaid, nabi meminta isterinya agar hambanya itu diberi kepadanya. Kenapa?
“Engkau bolehlah minta kepada Muhammad kerana aku sudah memberi kepadanya”
Inilah jawapan Khadijah, jika sepupunya itu, Hakim, meminta kembali si Zaid pabila jika dia tertarik dgn perwatakan hamba yg telah diserah kepada Khadijah itu. Ini kerana, pemilikan hamba bernama Zaid itu telah beralih kepda nabi. di mana hanya Nabi shja berhak atas status Zaid Bin harithah.
Nabi memelihara Ali ra
Abu Talib memang seorg pembesar yg kaya, yg lebih kepada aspek kehormatan dan kemuliyaan. Dari segi harta dia tetap masih miskin. Maka adalah satu watu anak2 Abu talib diberi kepaa saudara mara untuk dijadikan anak angkat.
Al-Abbas mengambil Ja’far. Nabi pula telah memilih Ali ra. b Talib. Hamamah, Ummu Hani pula tidak pasti diberi kepada siapa, tetapi Aqil dipelihara sendiri oleh Abu Talib, kerna sgt2 syg.
Mulanya dipelihara Ali ra, pabila nabi 33 tahun atau lebih, kerana Ali ra lahir semasa usia nabi sudah pun 32 tahun. katakan usia Ali ra 3,4 tahun baru dipelihara nabi, maka usia nabi waktu itu adalah 35 tahun. Sejak itu terus dipelihara sehingga nabi berusia 41 tahun.
pst, tentu best jadi salah seorg ahli rumah Nabi an~
woho..
wassalam
ada sedikit perbezaan cerita,
ReplyDeleteSiti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.
rujukan
http://hudhurulqalbi.blogspot.com/2010/08/siti-khadijah.html