Sirah: Nabi Muhammad saw, 9

Assalamualaikum

sori lewat sikit.. yg ini amat2.. amat3 panjang tau..
hehe penat kot nak taip..


Bab 9

Di Bawah jagaan Pemeliharaan Datuk dan Bapa saudara

Abdul Muttalib memelihara Nabi with penuh kasih sayang

Kembalinya Nabi ke Makah, dijaga pula datuknya Abdul Muttalib yg sudah berumur 78 tahun. Tinggallah bersama sebahagian bapa2 dan emak2 saudara baginda yg belum berkahwin termasuk 2orang bapa saudaranya yg usia mereka berdua hampir sebaya dgn baginda iaitu al- Abbas dan Hamzah.

Diriwayatkan Abdul Muttalib sangat hafyan kepada nabi. Hafyan bererti selalu bertanya keadaan diri seseorang sama ada sihat atau sakit, senang atau susah kerana sayang kepadanya.
Kasih syg datuknya nabi sgt2 jelas, hinggakan sehari berjauhan dengan baginda, di tanya setiap anak2nya yg berada di rumah bersama nabi. Hinggakan memanggil nabi lebih kpda ‘anakku’ bukan ‘cucuku’. Kerana baiknya layanan abdul muttalib, kuranglah kesedihan dan penderitaan nabi, terhadap ketiadaan ibu bapa baginda.

Dlm satu cerita, setiap seminggu/sebulan sekali, berhimpunlah abdul muttalib duduk di sisi Baitullah memberi nasihat kpda para pembesar Quraisy dgn dikelilingi anak lelakinya yg 10 orang itu. Disediakan tempat terhormat, atas hamparan khas umtuk Abdul Muttalib.  Satu hari itu, berhimpunlah mereka di sisi Kaabah, tetiba nabi yg masih kecil itu masuk ke Masjidil haram dan terus berjalan ke arah datuknya. Tempat hamparan 10 orang anak lelaki Abdul muttalib telah pun penuh, maka duduklah Nabi dihamparan datuknya. Maka, bapa2 saudaranya menegah baginda, tetapi dengan cepat Abdul muttalib melarang.

“biarlah anakku ini, dia suka kpd kebesaran”

Kemudian nabi punduduklah dihamparan itu, sambil datuknya mengosok2 belakang nabi dan melemparkan senyuman sayang kepada cucunya itu.
Abdul muttalib sering memanggil nabi dgn 2 atau 3 patah perkataan yg manja, seperti, ‘anakku’,’panggil anakku’, ’mana anakku’. Dgn Ummu Aiman dia berkata “jaga baik2 anak saya ini”. Manakala sewaktu ajalnya dtg, diberitahu kpda abu Talib “pelihara anakku ini”.

Sikap mesra terhadap nabi menunjukkan betapa kasihnya beliau dgn nabi. Maka tidak hairanlah nabi selalu membahaskan baginda adalah anak Abdul Muttalib. Seperti dlm perang Hunain, sewaktu pasukan Islam sudah lari ke belakang, Nabi pun memanggil mereka dgn berteriak;

“Wahai kaum Muslimin! Aku Rasulullah ada di sini. Aku adalah anak Abdul Mutallib.”

Setelah dibelanya nabi kira2 2 tahun, iaitu sejak umur nabi 4 tahun hingga usia 8 tahun. Meninggallah datuk nabi, sekali lagi mengalami penderitaan yg amat parah.

Abu Talib memelihara Nabi like Anak Sendiri

Meniggalnya Abdul Muttalib ketia usia 80 tahun. Abu Talib, 37 tahun. Mengikut wasiat, dialah yg dipertanggungjawab menjaga nabi. ini kerana Abu talib seibu sebapa dgn ayahanda nabi, Abdullah, berbanding bapa2 saudara nabi yg lain. Ini lebih menenangkan hati abdul muttalib yg membuat wasiat itu.
Samalah juga datuknya, bapa saudaranya itu juga melayan nabi seperti anaknya sendiri.ini membuatkan nabi amat2 menghargai penjagaan kaum keluarganya yg sentiasa mahu nabi senang, tidak terlalu derita dan rindukan yg telah pergi.

Dengan kesenangan itu, maka nabi memilih untuk memelihara kambing2 org Mekah di kawasan pergunungan yg banyak tumbuh2an. Ini meringankan beban Abu talib.
Nabi diberi upah sebanyak beberapa kararit. Menda itu?

Kararit dikatakan sebagai upah oleh tuan empunya kambing kepada nabi, berupa kumar Hindi. Tatapi awa riwayat lain mengatakan sejenis wang emas pada masa itu.
Nabi tinggal di rumah abu talib hinggalah baginda berkahwin dgn siti khadijah.

Nabi dipelihara dari Semua bentuk toy yg melalaikan

Sebagai insan biasa yg bakal jadi nabi, dan rasul terbesar, untuk umat seluruh alam termasuk jin, maka nabi telah ditanam perasaan benci terhadap benda2 yg dipuja oleh kaumnya, seperti berhala. Baginda juga bencikan syair2 bertemakan keduniaan dan kemaksiatan. Namun dalam hal lain, nabi sukakan perkara2 baik dlm kehidupan masyarakat jahiliyah waktu itu.
Ikuti cerita nabi~

“setelah saya semakin membesar, sangatlah bencinya saya kepada patung berhala. Begitu juga syair2. Saya tidak pernak ingin melakukan apa 2 yg biasa dilakukan oleh orang2 jahilyyah kecuali dua kali shja seumur hidup saya. Itu pun dihalang Allah sehingga tida jadi untuk saya kerjakan apa yg saya inginkan itu. Sejak itu tidak pernah lagi terbetik dlm hati saya ingin melakukan sesuatu yg tidak baik sampai saya kemudiannya telah diangkat oleh Allah menjadi rasul”

“ kejadian tersebut terjadi pada waktu malam di amna saya telah memberitahu kepada anak teman saya yg memelihara kambing, “sudikah engkau melihat2 kambing saya kerana saya ingin masuk ke Mekah beramai2 dgn di sana seperti pemuda pemudi lain” dan sampai rumah yg pertama terdengar saya bunyi gendang2 dan seruling2 iaitu permainan yg diadakan oleh sesuatu peralatan kahwin di sana. Kemudian saya duduk mendengar yg demikian. Tidak lama Allah memukul telinga saya lalu tertidur di tempat itu juga. Setelah hari panas, saya pun bangun oleh gigitan panasnya matahari. Demikianlah hal saya dan saya belum dada melakukan sesuatu pekerjaan apa pun juga. Kemudian keadaan seperti itu telah datang lagi, dan kesudahannya telap sama seperti yg pertama kali ”

Begitulah cerita nabi kepada sahabat2 baginda. Aku tak reka tau. Ada dlm kitab ni.

Nabi berniaga ke Syam with bapa saudaranya abu Talib

Adalah satu peristiwa, tika Abu Talib 42 tahun dan mahu pergi berniaga ke Syam, hajatnya mahu membawa anak saudaranya bersamanya, Nabi Muhammad saw, dgn rombongan2 yg biasa.
Dikatakan rombongan kali ini adalah penting dan amat besar, sehingga pengawal yg diperlukan seramai 200 orang. Sebenarnya Abu talib tidak niat membawa nabi bersama tetapi sikap nabi yg mahu ikut membuatkan dia suka cita menerimanya walau tidak mahu baginda terasa beban memcari nafkah kehidupan.

Mengikut riwayat Ibnu Hisyam, penulis sejarah tertua dan paling lengkap, melihat bapa saudaranya mengemas barang2 niaga dan bersiap2 utk berangkat ke Syam, nabi mendatangi Abu Talib, memegang pakaiannya sambil merayu2 tidak mahu berpisah.
Kerana sayang yg mendalam, maka tidak tergamaklah Abu Talib biarkan nabi hidup tanpa dirinya selama mana pergi berniaga. Lalu berkatalah kpda rombongan itu.

“Demi Allah!, Biarlah saya pergu dgn membawa dia. Saya sekali2 tidak akan berpisah dgn dia, and iapun tidak boleh berpisah dgn saya”

Sikap nabi yg tahu bertanggungjawab dan berwibawa mahu ikut berniaga dan bersusah payah, amatlah berbeza jika dibandingkan dgn kanak2 seusia baginda yg lebih suka bermain dan berseronok.
Jarak Mekah ke Syam not closed. Untuk ke Madinah sudah 450 Km. perjalanan pula kira2 setengah bulan. Sedang syam jauh ke utara madinah, kira2 900km dari Mekah! Jadi dgn berkenderaan unta perjalanan memakan masa 1 bulan cukup.

Menjadi tetamu Rahib Buhaira

Ketika gerombolan berjalan jauh ke Syam, diikuti nabi yg berusia 12 tahun itu, tiba di kota Busra, kota di negeri Huran, ibu kota arab yg di bawah pemerintahan rom timur/ Byzentain, terletak di selatan Syam, maka Abu Talib mengarah agar berehat sebentar di kawasan lapang dan berair berdekatan dgn gereka Kristian.
Ketika mereka berehat2, keluarlah seorang paderi Kristian/ rahib Nasrani berjalan mendekati mereka. Namanya Buhaira, lautan ilmu. Ia gelaran sebenarnya, yg menunjukkan paderi itu sgt2 arif hal2 kitab lama, kitab Yahudi dan nasrani dan sgt alim.

Mengikut kata al-Mas’udi, ahli sjarah islam, mengatakan bahawa nama sebenar Buhaira ialah Girgis, orang arab dari suku Abdul Qais. Tetapi Ali Burhanuddin al- Halabi berpendapat dlm kitabnya nama sebenarnya ialah Girjis atau Sergius.

Riwayat juga menyebut, Buhaira adalah Patriarch di Constantinople, dari 428M-431M. kedudukannya dlm agama Kristian amat2 tinggi, muridnya amt2 ramai, tetapi kerana dia berpegang mazhab Allah swt itu Maha Esa. Maka disingkir dan dibuang. Lalu beliau memilih untuk hidup di Kota Busra.

Balik ke cerita~

Beliau lalu mempelawa gerombolan Abu Talib, utk dtg ke gerejanya, kerana dia ada buat sedikit hidangan. Maka hairanlah beberapa ahli gerombolan, lalu bertanyalah~

“Tuan rahib! Kami selalu singgah di tempat ini, tetapi tuan tidak pernah membuat makanan kpda kami. 
Kenapakah pula hari ini nampaknya tuan mahu menjamu kami?”

Jawab paderi Buhaira;

“Benar tuan2 katakan itu, tetapi tuan2 adalah tan=mu saya. Saya ingin menghormati tuan2 dgn menjamu tuan2. Saya harapkan tuan2 semua turut makan, besar kecil, yg merdeka mahupun hamba.”

Baik, mengikut riwayat Ibnu Hisyam, faktor yg mendorong beliau berbuat begitun kerana Buhaira telah terlihat ada segumpalan awan tipis yg selalu menutup dia atas gerombolan yg sayup menghampiri gereja jagaannya.
Lagi satu, beliau menyaksikan nabi telah berteduh di satu pohon istimewa. Tetiba cabang2 pohon itu bergerak2 dgn lembut menutup kepala nabi, sehingga nabi benar2 terlindung darpd  tikaman cahaya matahari yg panas.

Pengetahuan paderi Buhaira yg amat luas itu, mendapati, pohon kayu itu mengikut kitab taurat dan injil, telah ditanam oleh Nabi Ibrahim as. Dan menjadi tempat berteduh nabi Musa as yg mahu ke Madyan, ketika lari dari Firaun di Mesir. Ya, pokok itu tidak kelihatan, bagi orang biasa, meraka hanya nampak padang pasir. Tapi bagi nabi, hanya meraka dpt berteduh dipohon itu.

Masuk lah gerombolan itu ke dlm gereja, meninggal kanak2 di pohon itu. Mungkin mereka tidak perasan nabi berteduh di situ. Maka, mengamatilah paderi akan setiap muka2 orang yg tengah sebuk menjamu. Tatapi tertanyalah beliau tidak kelihatan org yg ingin dia jumpa itu.

“Wahai tuan2 bani Quraisy, saya mengharpkan sgt agar tuan2 semua hadir di majlis saya ini, jgn ada seorang pun yg ketinggalan, kerana saya mahu menghormati tuan2 semua”

Jawablah seorang dari mereka, yg teringat akan nabi.
“Tidak ada lagi yg masih tertinggal kecuali seorang budak yg masih kecil”

“Jangan begitu tuan2. Bawalah dia masuk ke mari, biarlah supaya dia juga dpt makan bersama tuan2” jawabnya kembali.

Tidak sempat Abu talib mahu bangun mencari nabi, serg drpda mereka telah pun bingkas pergi ke tempat nabi, dan membawa baginda masuk ke gereja.
Nabi yg duduk bersebelahan bapa saudaranya, telah di amati oleh Buhaira. Stiap pergerakan, gaya makan diperhatikan. Sedang gelagat si paderi itu, tiada yg perasan.

Setelah rombongan itu selesai makan, maka mahulah mereka berangkat keluar dari gereja. Cepat2 paderi itu mendekati nabi dan bertanyalah kepada baginda.

“Wahai anak, saya bertanya kdpa anak dgn nama al-Lata dan al-Uzza, kiranya anak sudi menjawab pertanyaan2 saya”

“janganlah tuan tanya saya dgn nama itu, kerana tidak ada yg saya benci melebihi keduanya”, jawab nabi dgn suara lembut tapi tegas.

Kemudian Buhaira mengubah gaya bertanya pula.
“Dengan nama Allah, mahukah anak beritahu saya akan apa2 yg bakal saya tanya?”

“Silakanlah apa yg terasa kepda hati tuan” jwb nabi lembut.

Lalu bertanya lah rahib Buhaira akan nabi, beberapa perkara berkaitan diri baginda. Tentang waktu tidur dan hal2 kehidupan harian baginda. Akhir sekali meminta nabi memperlihat belakang badan baginda, terlihatlah tanda kenabian yg terdpt di tengah2 belakang nabi, iaitu rupa seperti kena bekam dan dikelilingi bulu2, besarnya sekadar telur burung merpati.

Kemudian, rahib itu menghampiri pula Abu talib yg duduk tidak jauh memerhati paderi itu menbual2 dgn nabi.
“Siapakah anak ini” tanya Buhaira kdpa Abu talib

“Anak saya” jwbnya sedikit berbohong.
Tahulah paderi itu, akan nabi akhir zaman dan tanda2nya pasti seorang anak yatim piatu.
“Beritahulah perkara sebenar, sungguh budak itu sudah tiada ayah dan ibunya lagi, bukan kah begitu?”

“Bagaimana tuan oaedu tahu ini semua?” kehairanan Abu talib.
“Wahai abu talib, bawalah pulang segera anak saudara tuan ini, dan jgnlah dia diperlihat oleh seorang yahudi pun kerana mereka itu nanti akan membunuhnya”.

Dengarlah kata2 paderi Buhaira, lekaslah Abu talib terus membawa Nabi pulang ke Mekah. Perniagaannya hanya sampai ke Kota Busra, pasti keuntungan itu hampir tiada kerana tidak sempat berniaga di Syam. Kalaupun ada, mungkin hasil jual beli dgn penduduk kota Busra.
Pengakhiran hidup paderi Busra itu, Buhaira, mengikut keterangan al-Bustani, dlm kitab Dairatul Ma’arifnya, telah dibunuh mati oleh org2 yahudi.

kecian, org baik selalunya mesti kena bunuh..
T,T

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM