Sirah: Nabi Muhammad saw 6

Assalamulaikum.

ehheh sowi lambat update cerita Nabi..
dont worry, seminggu 5 cerita kasi angkat.

Bab 6

Kelahiran Nabi Besar Muhammad SAW

Dilahirkan di Kota mekah pada Tahun Gajah
Tahun gajah = 579 Masihi
Abrahah bin Asram, gabenor negeri Yaman
Gagah perkasa, dengki melihat kemuliaan Kaabah, Mekah

Dia melihat setiap ceruk, bani2 arab sering berkunjung ke Makah beribadat setiap kali musim haji.
Walaupun ibadat haji itu, sedah bercampur amalan jahiliyah, tetapi tetap meriah seperti mula2 dibina
( ketika zaman nabi Ismail as )

Gabenor ini menganut agama Nasrani ( Kristian ), bengkak hati kerana cemburu dengan kemuliaan mekah.
Abrahah mendirikan Gereja Baru
Pk punya pk, ilham dtg, untuk melawan pengaruh Kaabah, dia merasakan perlunya menbina gereja baru sebagai tandingan.

Keluarlah perintah atas rakyatnya membina gereja baru, bentuknya aneh, acuannya betul2 meniru bentuk Kaabah. Kayu bertatah emas, dan perhiasan bertatah perak.
Setelah siap, puas, Abrahah meminta menyeru, umat arab datg ke yaman agar beribadat haji di Kota San’a. tetapi tidak dihirau, sia2.
Kemarahan nya betul2 membara, terlalu geram, dai tekat nak hancurkan Kaabah. Dengan ini dia berhasrat membina tentera yg amat besar.

Lebih naik angin pabila ada najis manusia di gereja ciptaannya, ikutkan riwayat, najis itu perbuatan seorang dari suku Kinanah sengaja, dia pun benci ada gereja saingan Kaabah.
Tentera yg dibentuk Abrahah sebanyak 20000 tentera. Siap shja persediaan, begeraklah mereka ke arah Makah, kelang kabut mana2 kampung atau penduduk yg berada di sepanjang perjalanan mereka.
Tapi, ada juga melawan, Pemimpin kabilah, like Zan Nafaraini, gagah perkasa memimpin kabilahnya berperang. Walaupun begitu, tewas kerana tidak ramai. Si Zan pula ditawan dan dibawa bersama dipaksa menyerang Mekah.

Tersasar ke hingga Taif

Kerana hasad dengki tentera Abrahah, sepanjang perjalanan penduduk2 arab menipu mereka. Dan ini membuatkan mereka menghala hingga ke Taif. Sesampai di sana, Abrahah bingung, lalu memerintah menghala ke Mekah. Berhala Lata di Taif tidak pula dihancurkan. Aduh, terus disembah.

Abrahah Mengarah Agar Mekah dikosongkan.

Perjalanan selama 15 hari sejak dari Yaman, tersasar hingga ke Taif, beluk kembali, sesampai ke Makah. Mereka berhenti, membina khemah, menunggu reaksi pembesar arab.
Sebahagian askar2 ambil kesempatan merompak penduduk2 Mekah.  Antaranya 100 ekor unta milik Kaabah tetapi bawah jagaan Abdul Mutallib, pemimpin bani Quraisy.
Mendengar cerita itu, Abdul Mutallib sedih, tidak berdaya buat pape. Serabut dibuatnya. Maka, datanglah utusan dari Abrahah bernama Hinyathah al- Himyari.
Berunding2, berjumpa juga Abrahah.

Abrahah :“ Apakah tujuan tuan dtg kemari?”

Abdul Muttalib :“ I came to ask tuan bebaskan unta 100 ekor milik( jagaan) saya that your armies rampas” jwbnya kembali.

Hairan?, kenapa Abdul mutalib tak hirau keselamatan Kabbah?, dia lagi rungsing dengan masalah unta?

Abrahah : “apakah tuan hanya mahu berbicara tentang unta2 tersebut, tidak pula hal Kaabah kebanggaan kehormatan agama kamu?, selaku pembesar ingin melindunginya?” balasnya, hairan.

Abdul Muttalib : “ that camels was mine, sedang Kaabah ada pemiliknya ” mudah jwbnya

Abrahah : “ tidak akan ada yg mampu melindunginya lagi daripada seranganku” sombong yew.

Abdul Muttalib : “ As u wished , buat lah sukahati mu”. Ehhe ter speaking, gurau yew.

Dari sini nampaklah Abdul Muttalib yakin Kaabah akan selamat. Melalui perutusan tadi, maka Mekah dikehendaki dikosongkan.

Abrahah Meyerang Kaabah.

Ketika keluar dari Makah abdul muttalib ada bersyair,( pnjang sgt, malas nak tulis, ehhe)
 Setelah kosongnya makah, gelojohlah tentera Abrahah menyerang Kaabah dengan tentera bergajahnya.
Semakin dekat. Semakin risau umat2 arab.
Tetapi tibanya hampir2 dng Kaabah, gajah2 berhenti melangkah. Terduduk dia atas pasir, seakan2 ada yg menahan.

Burung Ababil menyerang tentera Abrahah.

Dlm keadaan berusaha memgerakkan gajah2 itu, langit tetiba gelap pekat, mendongaklah Abrahah ke langit terlihat apanya yg gelap itu, rupanya segerombolan burung2 berterbangan menuju ke arah mereka. membawa batu2 yg binasa, membaling ke arah tentera2 tersebut.
Seluruh Tentera Abrahah binasa
Kisah ini ada an tercatat dlm Al Quran Surah al-Fil. Itulah Burung2 yg diperintah Allah Swt utuk menghancurkan tentera2, serta Abrahah dan gajah peliharaannya, Mahmud yg mahu menghancurkan Rumah suci Kaabah.

Binasanya mereka, meninggalkan harta bawaan mereka di Khemah tadi. Lalu berpusu2 mereka yg terawal menyedari harta itu ada 3 orang. Abdul Muttalib sendiri, kemudian Affan b Abul Ass b Umayyah , bapa Sayidina Uthman dan dari Suku Thaqif dari taif, Abu Mas’ud ath- Thaqafi. Setalah mereka baru rakyat2 Mekah tahu.

Keajaiban Yg berlaku Pada hari Nabi Dilahirkan

Setelah sampai masanya, Siti Aminah, ibunda Nabi, ditemani Siti Syifa’, ibu salah seorang sahabat nabi terkemuka, Sayidina Abdul Rahman bin Auf, mula terasa sakitnya ingin melahirkan Nabi.
Adapun dlm Ketinggian Risalah Nabi Muhammad SAW, yg menyambut lahir Nabi bukan siti Syifa’ tetapi Ummu Aiman, hamba ibunda Nabi.

Malam Isnin, 12 Rabiul Awwal, bertepatan tahun 570 Masihi, maka lahirlah Nabi mengikut aturan yg sudah Allah takdirkan, comel dan elok rupanya seperti bayi2 lain. Dibersihkan dan balutnya dgn kain putih.

Antara kejadian Aneh sepanjang kelahiran nabi.

Keluarnya nabi dari rahim ibundanya disambut Siti Syifa, tanpa sebarang tangisan bayi seperti biasa. Sebaliknya Nabi bersin, seperti bersinnya Nabi Adam, mula bernafas, sewaktu Allah tiupkan rohnya ke dalam jasadnya.

Suasana rumah Siti Aminah diterangi cahaya yg amat terang seolah2 ada lampu besar di dalamnya. Sedangkan yg ada Cuma pelita biasa dan damar.

Di luar pula, berhala2 dimsekeliling Kaabah tumbang sepeti ada kuasa menolaknya.

Di tempat lain, di Parsi, api pujaan rakyat di sana yg beragama Majusi, sejak dinyalakan tetiba terpadam sendiri. Malahan istana Maharaja Farsi, Kisra bergoyang2.

Manakala langit pula, malaikat sibuk bercakap kelahiran insan yg agong itu.

Tambahan, my mom told, adapun yg hadir sekali menyambut kelahiran nabi ialah dua yg ghaib, siapa? Siti Maryam( Ibunda nabi Isa As), dan siti Asiah ( isteri Firaun yg jaga Nabi Musa As). Uhum boleh semak dlm berzanji. Ada. Itu kuasa Allah.
Lagi satu, meh dengar Nasyid karya kumpulan Raihan~, 
Raihan- Junjungan Mulia,
Raihan- Ababil,

Bagaimana dinamakan Muhammad?

Lahirnya nabi, anak yatim, tanpa kehadiran bapanya, sedih lah Siti Aminah melihat nasib Nabi.
Setelah siaplah proses bersalin, dibawanya nabi kedakapan datuknya, Abdul Muttalib. Membawanya ke sisi Kaabah. Sambil timang2 dgn penuh kasih sayang, memikirin nama yg sesuai untuk bayi yg elok rupawan itu, setelah dapat, dbawa kembali ke sisi menantunya itu.

“Ayah mahu namakan bayi ini Qutsam”, pinta datuknya Nabi.

Terkejut siti Aminah dengar bapa mertuanya penamakan nama itu, dgn lemah lembut, Aminah menyampuk.

“Wahai ayah!, sesungguhnya saya telah bermimpi ada satu lembaga menyuruh dinamakan bayi ini, 
Muhammad.” Jawab Aminah.

Terkagetlah Abdul Mutallib, belum pernah ada orang2 arab menamakan nama itu.
Ikut riwayat hanya ada tiga org sahja anak2 yg dinamakan Muhammad, salah satu, di yathrib, Muslamah memberi nama Muhammad kepada anaknya, yg bakal menjadi tokoh terkenal dari Ansar. Ini kerana mendengar berita pendeta Yahudi yg berjiran ngn Muslamah bercerita perihal nabi terakhir.
Muhammad meaning dia ‘Insan yg terpuji’
Kerana terasa itu adalah perintah tuhan terhadap menantunya itu menamakan bayi itu, Muhammad, beliau bersetuju.

Maka, berkenduri lah selepas 7 hari kelahiran Nabi, aqiqah.
Abu Lahab amat gembira Dengan Kelahiran Nabi.
Abdul Uzza b Abdul Muttalib adalah orang yg paling happy dgn kelahiran Nabi. Dia yg berbadan gemuk, bermuka kemerah merahan itu melonjak kegembiraan hingga mengisytiharkan kemerdekaan hambanya Thuwaibah al- Aslamiyah, wanita dari bani Aslam, supaya dapatlah wanita ini menyusukan Nabi yg yatim itu. Tetapi tidak lama, tetaplah menjadi hamba kembali kerana hutang yg banyak.

Kisah

Al-Ass bin Hisyam, salah seorang anak pembesar Quraisy, msaudara Abu Jahal. Juga, kerana tewas berjudi, menjadi hamba abdi kepunyaan Abu lahab. Sewaktu perang badar, dia dipaksa menggantikan Abu Lahab pergi berperang menggantikannya. Maka terlepaslah abu lahab daripada perintah ikut perang Badar yg WAJIB bagi kaum Quraisy.

Pabila Nabi Kahwin dgn Siti Khalidijah, baginda meminta isterinya membeli Thuwaibah al- Aslamiyyah yg pernah menyusukan baginda, tetapi abu Lahad tolak, tidak mahu jual.

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM