Meninggalnya diBulan Mulia
Assalamualaikum malam 20 ogos, or dah masuk 21 Ramadan.. sedang melayan short tazkirah kat masjid, kat kampung, tetiba, adik aku menghampiri ku sambil membisik "Pergi rumah wak lok, wak dah nazak" aku terkedu, keliru hari yg tak sangka tiba awal, betul2 dah berlaku kenapa? bukankah? dengan si kembar pun gegas keluar, abah pun cepat2 tinggalkan majlis. tak sempat mula solat terawih. pantas pergi ke rumah wak, tak jauh, sekampung. hadir shaja, mula memahami.. suasana sudah pun sedih.. ada yg mula berlinangkan air mata.. mula menelefon sedara jauh.. akak3 aku yg dah sampai awal pun, tak terkata apa2 aku tak sempat aku.. kalau ajal sudah tiba kini 4 hari dah berlalu.. waktu tu, aku tak nak sedih.. tapi kini pemergiannya mula terasa.. kehadirannya mula dirindui pesanannya mula dicari2 arwah adalah orang byk bantu aku.. budak kampung yg berjaya hingga kini dalam pembelajaran.. tampa arwah aku masih di takuk lama kurang ilmu, tak banyak mengalaman ...