Sirah: Nabi Muhammad saw, 3

Assalamualikum

ciap juga..hehe

Bab 3

Abdul Muttalib dan anak-anak

Anak2 yg berbakat Besar

-Abdul Muttalib, anak kepda Haysim bin Abdul Manaf
-Ibunya Salma bin Amru an Najjariyyah, janda muda dari suku kaum Bani an-Najjar suku Khuzraj di Madinah, satu Bani yg menurunkan Anas Bin Malik, sahabat nabi.

Kisah

Bagaimana Orang Mekah boleh berkahwin dgn org madinah?. Cam ini. Pabila Hasyim selalu berulang alik dari Mekah dan Syam melalui Yathrib ( madinah), ikut adat2 orang2 arab. Berniaga ke Syam pada musim panas. Ke Yaman di Musim Sejuk. Hal ini dirakam dlm Al Quran, surah Quraisy.

Jodoh Allah ketemukan. Hasyim berjumpa dgn Salma di sebuah gerai di pekan di kota yathrib. Bercinta hinggalah ke jinjing pelamin. so sweet~
Salma seorang janda, dan amat cantik sekali. Hingga pelawaan mana2 lelaki yg mahu memperisterikannya diberi syarat yg berat. Dan Hasyim, seorang yg cerdik, bijaksana tidak kisah. Ini kerana, kalau dah ibunya menjaga budi pekerti, tentu melahirkan anak2 yg cerdik lagi baik.

Syarat tersebut berbunyi~ hendaklah diserahkan seluruh kuasa ke dlm tangannya (Salwa ), tidak boleh dijadikan isteri yg dikongkong seperti isteri2 lain pada zaman itu.
Setelah married, mereka berpindah ke Mekah, melahirkan seorang anak lelaki, Syaibah, yg kemudian hari terkenal dgn nama Abdul Muttalib.

[ di huraikan, Hasyim mungkin ada lagi isteri2 lain, sepeti kebiasaan org arab~ kawin ramai, kerana tidak logiklah, hanya Asad dan Abdul Mutalib sahaja anak Hasyim. Pasti ada adik-beradik yg lain, tetapi tidak dinyatakan dlm mana2 buku/ kitab sejarah, seperti si penulis peringkat pertama, Urwah bin Zubair bin al-Awwam, tiada kisah mereka dlm kitab catatan beliau ]

Berbalik semula cerita.

Syaibah bererti si uban. Kerana ketika lahir Abdul Mutallib sudah kelihatan beberapa helai rambut putih. Bagaimana digelarnya Abdul Mutallib?

Kisah~

Meninggalnya Hasyim bin abdul manaf, saudaranya yg bernama al-Muttalib telah pergi ke Madinah membawa anak saudaranya Syaibah dan ibunya pulang ke Mekah. Setibanya di kota Mekah, orang ramai melihat al-muttalib membonceng seorang kanak2 kecil di belakang untanya.

“Siapakah budak itu wahai al-Muttalib?”
“Dia anak saudaraku si Syaibah”, jawabnya kembali.

Tetapi orang2 Mekah tidak mempercayainya lalu, dikatakan anak itu adalah hamba kepd Al-Muttalib. Dan dinamakan Abdul Muttalib ( hamba si Muttalib ).

Putera2 dan Puteri2 Abdul Muttalib bin hasyim

Tentulah Abdul Muttalib mengahwini ramai isteri seperti kebiasaan. Mengikut riwayat, dia mempunyai 16 orang anak, 10 laki2 6 girls~. Tentulah semunya terkemuka, dah kata anak pembesar~. Tetapi hanya beberapa anaknya shja yg lebih terkenal kerana sesuatu peristiwa atau kisah menarik.

Yg terkenal hanyalah Abu talib, abu Lahab, Abbas, dan Hamzah.

Abu jahal bukan anak Abdul Muttalib. Jgn keliru. Dia dari suku sakat Khalid bin al-Walid, dari bani Makhzum. Kiranya Abu jahad dan Khalid sepupu.
Nama sebenarnya, Amru di gelar Abul hakam oleh kaumnya. Tetapi digelar Abu jahal yg bermaksud “ Bapa yg sangat jahil” oleh rasulllah saw, kerana sesuai dgn perangainya. 

Sedikit Kisah tentang Anak2 Abdul Mutallib yg kurang terkenal

Anak2 lelaki

Al - Harith bin Abdul Muttalib
-paling tua
-membantu ayahnya mengali semula Telaga Zam zam, waktu itu hanya dia shja yg baru lahir.
-anaknya, al-Mughirah atau lebih kenal dgn nama Abu Sufyan, kedua, Naufal, ke3, Abdullah.
( mengikut adat2 orang arab, mereka mengelar bapa mereka ikut anak yg sulung, dalam bahasa arab hal ini dipanggil Kuniyah) jadi Abdul Muttalib juga digelar Abu al-Harith.

So~, kalau abah aku, leh gak dipanggil Abu Alifah, hehe

Az- Zubair bin Abdul Muttalib
-anak kedua
-Gagah berani

Dilantik menjadi panglima perang memimpin bani Hasyim sewaktu terjadinya peperangan al-Fijar. Antara Kabilah Quraisy dgn Kabilah Hawazin. Ketika ini nabi juga ikut, tapi sebelum diangkat menjadi rasul.

Anak2 lelaki yg lain, Muqawwim, Dhirar atau mungkin dipanggil Abbad. Kurang kesahnya.

Segelintir kisah tentang anak2 perempuan Abdul Muttalib

Baidha’ bt Abdul Muttalib
-Nenek kpd Sayyadina Uthman bin Affan. ibunya Uthman, Urwah anak kpd Baidha, suaminya tidak diketahui namanya, yg pasti pembesar Quraisy.

Safiyyah bt Abdul Muttalib
-bersaudara seayah seibu dgn Hamzah. Ini kerana, ibu kedua2nya bernama Halah bt Uhaib bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
-First, beliau berkahwin dgn sadara Abu Sufyan bin Harb, iaitu al-Harith bin harb bin umayyah. Tetapi tiada zuriat.
-Kemudian, berkahwin pula dgn al-Awwam bin Khuwailid, saudara lelaki kepada Siti Khadijah bt Khuwailid, Ummul Mukminin. Hasil perkahwinan ini lahirlah Az-Zubair yg gagah perkasa dan as-Saib.
-Memeluk islam di peringkat awal bersama anaknya az-Zubair. Kisah suaminya, Awwam, tidak pasti, mungkin sudah meninggal.

-Safiyyah juga merasa dan mengalami penderitaan sewaktu kaum Quraisy memulau Bani hasyim di perkampungan Syiib abu talib, selama 2 tahun, bermulanya tahun ke 7 hingga ke 10 kenabian.
Berhijrah ke Madinah setelah Rasulullah saw mengizinkan kaum Muslimin berhijrah. Jalan yg di pilih beliau amat susah, melinyasi padang pasir yg luas, jurang yg dalam, dan lurah2 gunung yg tinggi lagi bahaya.

-Safiiyyah memiliki sifat berani dari titisan darah ayahnya. Jelas keberaniannya swaktu peperangan Uhud berlaku, ketika Hamzah telah terbunuh Syahid. Nabi meminta Az-Zubair melarang ibunya mendekati jenazah saudaranya itu, hamzah. Tetapi Safiyyah berkeras, malahan tidak meraung kesedihan seperti yg dibimbangi Rasulullah saw.

-Ketika peperangan Khandak pula, Beliau telah membunuh seorang askar Yahudi yg cuba menyelinap masuk ke khemah, atau tempat perkumpulan kaum muslimat. Dia telah menyuruh Hisan bin Thabit, penyair,agar menentang Yahudi itu, tetapi tak berani, ceh~. Lalu Safiyyah keluar dan memukul Yahudi itu dgn kayu till mati. Sekali lagi dia menyuruh si Hisan membuka pakaian perang Yahudi itu di ambil sebagai rampasan perang, tetapi tidak juga mahu. Syafiyyah tidak layak kerana dia seorang wanita, malu kot nak buka baju lelaki. Terang2 si Hisan ni too weak lah dlm bab2 perang.

-Safiyyah juga seorang penyair, ketika Nabi saw wafat, dia telah mengubah beberapa bait syair dan bersyair meratapi pemergian Rasulullah saw.

-wanita islam pertama membunuh musuh dlm perang.
Meniggal dunia masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, dimakamkan di tanah perkuburan Baqi’di luar kota Madinah, usianya 73 tahun.

Safiyyah, sedap kan nama~ :)

Umaimah bt Abdul Muttalib

-Isteri kpd abu Waqqas bin Uhaib.
-Anaknya,  Saad bin abu Waqqas, ahli politik dan pahlawan islam yg masyhur, dan sahabat yg dijanjikan Rasulullah, Syurga. Hamzah dikira saudaranya Saad, sepupulah.

Atikah bt Abdul Muttalib
-Isteri Abu Umayyah bin al-Mughirah al-Makhzumi.
-Ibu kpd Ummu Mukminin, ummu Salamah isteri Nabi saw.

Birrah bt Abdul Muttalib
-Nikah sebanyak dua kali.

Dgn Jahasy, bapa kepada Abdullah, Ummahatul Mukminin, Zainab, isteri Nabi dan Hamnah, isteri Mus’ab bin umair

Dgn Abdul Asad bin al-Mughairah, ayah kpd Abu Salamah.

Urwah bt Abdul Muttalib
-Berkahwin dgn Umair bin wahab yg terkenal sebagai pembesar dan pahlawan Kaum Quraisy
Ibu kpada Wahab dan Kulaib( Tulaib) bin Umair yg gagah berani.

Kisah

Umair bin Wahab, keberaniannya jelas semasa perang Badar, di mana anaknya yg bernama Wahab tertawan. Berbincang dengan Safwan bin Umayyah, Umair setuju pergi ke Madinah untuk membunuh Nabi saw.
Pergi seorang diri swaktu perang, perg~ berani kot.sesampainya Madinah ditanya mahu menebus anaknya yg tertawan. Tetapi Nabi tau, niatnya mahu membunuh baginda. Lalu diceritakan perbualan antara Umair dgn Safwan di Mekah. Mendengar itu dia memeluk islam.

// cerita2 ini tidaklah penting mana~
sekadar pengetahuan, sejarah lah katakan~
yg harusnya ambillah iktibar ialah kesah2 mereka,
lagi2 kesah Safiyyah, kagum!! dan kisah Umair~
pst..kalau masih tebal aku leh try ringkas kan, tapi apa boleh buat,
dah aku baca camtu//

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM