Sirah: Nabi Muhammad saw 8

Assalamualaikum


Bab 8

Nabi Kembali semula Ke pangkuan Ibu

Hidup di sisi Ibu

Pulangnya Halimatul Sa’adiah, tentu mengubat rindu mendalam bagi nabi. Walaupun begitu baginda perlu mulakan hidup dengan keluarga terdekatnya.
Hidup nabi ditemani ibunya bersama Ummu Aiman, bekas hamba kpda ayah nabi, terus tinggal bersama Siti Aminah sebagai pembantu rumah.

Berziarah ke Makam Bapanya Bersama Ibu

Menjalani kehidupan yg sederhana bersama ibunda selama 2 tahun, akhirnya Nabi tertanya2 akan makam ayahandanya. Maka datanglah juga masa yg sesuai, siti Aminah melawat makam suaminya. Menetapkan hari, berangkatlah Nabi ke Yathrib.

Dalam hal ini tidak dipastikan mereka pergi hanya ditemani Ummu Aiman. Pasti berbahaya. Jadi ada yg berpendapat, Nabi, ibundanya dan Ummu Aiman pasti bersama2 mengikuti gerombolan peniaga ke sana, kerana ini lebih terjamin selamat.

Maka berjalanlah kira selama 15 hari, tentulah Nabi menitiskan air mata melihat pusara ayahandanya yg tidak dpt ditemui semasa hayatnya, dan terubat juga rindu Siti Aminah terhadap kekasihnya yg telah pergi dulu. Kemudian, selama kira2 sebulan menetaplah di rumah saudara ayahanda baginda, di perkampungan bani an-Najjar
Siti Aminah meninggal Dunia di Abwa’

Berjalanlah pulang ke bumi suci yg berkat itu, sehari semalam, sampailah satu kmpung, terletak 23 batu dari Juhfah. Tiba2 Siti Aminah jatih sakit. Ibunda nabi yg baru shja 24 tahun, masih cantik lagi muda semakin hari semakin tenat. Beberapa hari kemudian meniggallah pula ibunda Nabi di Abwa’.

Tentulah pemergian ibunda terasayang pasti menyedihkan nabi. Malahan pengasuh nabi, Ummu Aiman juga pasti hilang tempat bergantungan. Selesainya pengebumian Siti Aminah pulanglah nabi ditemani pengasuhnya ke Mekah, bersama gerombolan yg diikuti, atau yg kebetulan mahu ke kota suci itu.

Apakah hikmat Allah memendekkan usia ibunda Nabi?, paling kurang pun tunggulah hingga Nabi muda remaja~.
Ini kerana, sudah jadi kebiasaan mana2 wanita yg kehilangan suami pasti akan berkahwin sekali lagi. Jika takdir Allah panjangkan usia Siti Aminah, dan berkahwin lagi, maka amat menyusahkan jika bapa tiri nabi juga bakal menentang risalah yg bakal nabi terima. Dan ini akan menyakiti hati Siti aminah selaku ibunda nabi yg amat sayangkan nabi.

Kisah Ummu Aiman pula, si wanita Habsyah, hinggakan Nabi berumah tangga bersama Khadijah, masih lagi tidak kahwin. Sedang umur menjangkau 43 tahun. Telahlah nabi kahwinkan dgn seorang lelaki dari Yathrib tetapi umur suaminya itu tidak panjang.

Nama sebenar Ummu Aiman ialah Barakah. Aiman itu anaknya. Sejak berkahwin beberapa kali hanya satu shja anaknya, hasil perkongsian hidup dengan lelaki bernama Ubaid yg juga meninggal dunia. Maka, kesianlah nabi akan pengasuhnya itu yg asyik hidup menjanda. Sawaktu Nabi pun telah diangkat menjadi RasulNya, lalu diitiharkan sesiapa, lebih2 lagi sahabat nabi sendiri yg mengahwini Ummu Aiman akan dpt balasan syurga. Peluang ini disambut baik oleh anak angkat nabi sendiri, Zaid bin Harithah. Dan dengan ini lahirlah Usamah bin Zaid yg masyhur.

Umur Ummu Aiman sgt panjang. Dikatakan masih hidup hingga zaman fitnah, yg menimpa khalifah al Rasyidin ke 3, Saidinna Uthman. ini bermakna umurnya sampai 100 tahun lebih. Mengikut Dr Taha Husin, dlm kitab catatan beliau, Ala Hamisyis Sirah, waktu Ummu Aiman bersama2 Nabi menziarahi makan Ayahanda nabi ialah 24 tahun. Dan waktu itu nabi baru berumur 6 tahun. Sedang nabi Wafat ketika mencapai umur 63 tahun, bermakna umur Ummu Aiman pula 81 tahun. Dan lamanya pemerintahan Sayidina Uthman sehingga malapetaka ilaah 29 tahun. Maka jawapannya 110 tahun lah umur pengasuh nabi ini. Atau boleh jadi lebih lama.

Kemuliyaan Ummu Aiman masyhur hingga zaman Umayyah, sewaktu pemerintahan Khalifah Umar abdul Aziz, (yg mendapat gelaran bayangan Khalifah Rasyidin ke-5). Ibnu Saad menulis dlm kitab sejarah Islamnya, kitab Tabaqat.

“telah berlaku pertukaran pendapat antara Ibnu Furat maula kpd Usamah bin Zaid dgn al-Hasan bin Usamah bin Zaid, hingga berlaku pertelingkahan dan maki hamun walau satu keluarga”
Berkata Ibnu Furat pd al Hasan b Usamah.

“ Wahai anak Barakah”

Kata2 ini berbentuk mahu menghina. Sebab, Ibnu Furat menyebut naka asal Ummu Aiman yg tidak pernah dipanggil nabi sendiri kpda pengasuh baginda itu. Nabi biasanya menyebut ‘wahai ummah’, bererti ‘wahai ibu’, ada juga memanggil ‘wahai Ummu Aiman’.

[hal ini serupalah, seseorang yg masih muda, memanggil nama pak/makcik orang lain dgn nama asal, sungguh kurang sopan, tapi dlm hal ini lebih berat, kerana Ummu Aiman orang yg amat2 mulia.]
Al-hasan yg amat sgt marah kpda bekas hamba ayahnya itu, lalu berkata kpda org ramai,

“Hendaklah kamu semua menjadi saksi”

Berangkatlah al-Hasan menemui gabenor Madinah yg ketika itu bernama Muhammad bin Amru bin Hazmi, seorang ahli hadith.
Berceritalah al-Hasan perihal pertengkaran itu, sehingga Ibnu Furat menyebut kata2 penghinaan kpda dia, yg merupakan cucu ummu Aiman dengan panggilan ‘wahai anak Barakah’
Mendengar pengaduan Usamah bin Zaid itu, maka gabenor Madinah itu juga sgt marah kpda Ibnu Furat. 

Panggilah ibnu Furat, seorg ulama yg alim, bertanya.

“Wahai ibnu furat apakah maksud saudara memanggil al-Hasan b Usamah dgn panggilan wahai anak Barakah?”

“saya panggil dia( Ummu Aiman) dgn namanya sendiri” jawabnya.

 Dengan marah gabenor Madinah itu menbalas.

“Tidak benar demikian, kamu mahu mengecilnya( al-Hasan ) dan menghina Ummu Aiman. Sedang kamu tahu nilainya dlm Islam, sedang rasulullah sendiri memanggilnya dgn wahai ibu atau wahai ibu Aiman. Tiada akan dimaafkan oleh Allah jika saya memaafkan kamu dlm soal ini.”
Kemudian gabenor madinah itu menjatuhkan hukuman sebanyak 70 kali pukulan (sebatan) ke ataas ibnu Furat.

so berhati2 bila bekata2~

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM