Sirah: Nabi Muhammad saw, 5
Assalamualaikum
Bab 5
Perkahwinan Ayahanda Dengan Bonda Nabi
Keturunan Ayahanda nabi
Salasilah nabi, Muhammad b Abdullah b Abdul Muttalib b Hasyim b abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin ilyas bin Mudhar b Nizar bin Maad b Adnan.
Sampai Adnan, terputuslah sahihnya sehingga Nabi ismail as. Rasulullah sendiri bersabda
“ barangsiapa menghitung lagi salasilah selepas Adnan adalah dusta belaka”
Ikut cerita ibuku tersayang, kisah nama2 datuk nabi, keturunanya, waktu lahir, ibu susuan boleh diperhatikan dlm kitab berzanji~
hehe Tq mom 4 da info~
Keturunan bonda Nabi
Namanya Siti Aminah. Salasilah penuh Aminah bt Wahab b abdul manaf b Zuhrah bin Kilab. Dari suku kaum bani Zuhrah seketurunan dgn shbt nabi terkemukan iaitu Saad bin Abu.
Abdullah berkahwin ketika umurnya 25, manakala Aminah, bawah 20 tahun.
Abdullah berangkat ke Syam untuk berniaga
Bersama2 tingga di rumah bapa mertuanya, wahab bin Abdul manaf selama 3 hari 3mlm, maka Abdullah telah membawa isterinya tinggal di rumah ayahnya pula.
Selama 3 bulan tiada buatnya kerja2 besar, barulah dia memulakan aktiviti berniaga mengikuti rombongan ke Syam bersama abang sulungnya al-Harith.
Abdullah meninggal Dunia di Yathrib
Selesainya berniaga di Syam, berangkatlah pulang ke Mekah. Sampainya di Yathrib, berehat2 di rumah saudara, tetiba Abdullah jatuh sakit. Maka gerombolan berniaga itu, berbincang dan memutuskan untuk pulang ke Makah dulu, meninggalkan Abdullah dijaga oleh saudaranya dari bani an-Najjar kerana sakitnya makin hari makin teruk.
Pulangnya ke Makah, abang sulungnya al-Harith telah memberitah hal sakit itu kpda bapa mereka, Abdul Muttalib. Gusar serta risau, dia meminta al-harith ditemani beberapa org pergi semula ke yathrib membawa pulang anak bongsu nya itu.
Tapi, sesampainya ke sana, Abdullah telah pun meninggal dunia. Dan telah dikebumikan jenazahnya di sana.
Pulanglah mereka dgn sedih, membawa hasil jual beli si adiknya itu, berupa 5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan sedikit barang keuntungan untuk di serah kpda Aminah.
// kisah dlm bad ni ringan sikit sebab sudah tau, belajar dlm sirah2 masa sekolah betul?
hehe.. dah tau dah//
wasalam
Comments
Post a Comment