Sirah: Nabi Muhammad saw, 15

Assalamualaikum

Okay tiba juga cerita yg dh kita hadam dalam ingatan sejak sekolah dulu2.
perisitwa penting dlm pmbangunan Mekah, khususnya bangunan suci itu sendiri,
Kaabah. yok baca~

Bab 15

Menjadi hakim di Mekah.

Ka’abah Dilanda Banjir Sehingga Roboh

Ketika Nabi berusia 35 tahub, Kota Mekah dilanda banjir besar ( hebat ) sehingga meruntuh sebahagian diding Kaabah dan batu hajarul Aswad tertanggal dari tempatnya.

Kebetulan, ketika kaum Quraisy mekah membaiki Kaabah, tiba2 di pinggir laut merah, sebuah kapal besar telah pecah dan terdampar di pantai di Judah kerana ombak besar. Kapal itu milik saudagar berbangsa mesir bernama Baqum.

Baqum/ Bakhum seorang jurutek Mesir, hobi berlayar serata arab, berkahwin. Dikatakan pelayarannya yg memakan masa 10 tahun itu telah membuatkan dia berjumpa dgn Nabi.

Ketika itu Barqum inigin berlayar ke Yaman, untuk berjumpa kaum Nasrani di Najran. Pada pandangan orang, kaum ini yg salih, beriman baik kpd Allah. Dlm sejarah, dtgnya Raja Tubba’, seramai 20000 orang kaum ini sanggup terjun ke dalam api dlm parit yg panjang kerana tidak mahu jadi orang Yahudi. Kisah ini ada dlm Al Quran, Surah Al Buruj ayat 4-8. Cerita tentang Ashabul Ukhdud yg dibakar dlm parit.

Baqum ingin melihat kisah/ peninggalan/ kesan sejarah kaum itu, tapi tidak kesampaian. Perihalnya diketahui orang2 Quraisy di Mekah. Diketuai al- Walid bin al- Mughirah, ayah kpd pahlawan terbilang khalid al-Walid p ke tempat Baqum tiu. Mereka mahu membli kayu2 kapal si Baqum untuk digunakan membaiki Ka’abah. Dengan persetujuan mereka akan hantar baqum pulang atau dihantar ke yaman.

Bersama orang2 Qitbi, Baqum juga membantu menukang, sedang Quraisy hanya tolong2 sahaja. Setelah siap, mereka masukkan berhala terbesar mekah, Hubal ke dalam Kaabah.

Kaabah direpair.

Kerja2 memunggah batu2 bukit juga dilakukan oleh org2 ramai, nabi juga bekerja memunggah batu di bukit2 seperti/ termasuk Bukit Qaiquan dan dibawa ke lembah Bakkah.

Kerja membaiki terbahagi kepada 4 puak kerana Kaabah ada 4 penjuru.
Bahagian yg ada pintu Kaabah, diserah kpd Bani Abdul Manaf dan bani Zuhrah.
Bahagian rukun Yamani kpd Bani Makhzum dan yg bani2 bergabung dgn mereka.
Bahagian belakang Kaabah, bani Jumah dan Bani Sahim.
Bahagian terakhir, yg bersetentang dengan Hirj Ismail diserah kpd Bani abdul Dar, bani Asad, Bani Adi.
Bani Taim?.. mungkin bergabung dgn Bani Makhzum.

Setelah siap pembahagian itu, tidak pula ada yg berani memulakan kerja meruntuh dinding Kaabah. Kerana takut dimurkai oleh Allah. Dlm2 ramai2 itu seorang pembesar Quraisy, dari Bani Makhzum, al-Walid bin al-Mughirah, mempercayai perlunya seseorang meyakinkan penduduk Mekah akan niat mereka itu, tidaklah di marahi Allah. Lalu dia mara ke hadapan, berdoa;

“Wahai Allah! Engkau tidak hina. Maksud kami tetap baik jua”. 

Kaum2 Quraisy melihat sahaja al-Walid meruntuhkan sekeping demi sekeping dinding Mekah, mereka masih takut adakah al-Walid akan selamat.  Tunggulah mereka, hingga keesokannya melihat al-Walid keluar rumah dengan sihat lagi ceria. Maka, berebutlah mereka meruntuhkan dinding2 Kabah atas tujuan perbaikan.

Ketinggian kabah telah ditambah sekali ganda tinggi asal. Ketinggian Kaabah binaan Nabi Ibrahim as bersama Nabi Ismail as hanya 9 hasta. Kira2 tinggi 3 kali manusia dewasa berdiri. Maka lepas dibaiki tingginya menjadi 18 hasta.

Siapnya Kaabah timbul pula masalah, yakni berkenaan batu yg suci itu, Hajarul Aswad. Ia tercampak keluar dari tempatnya. jadi berebut juga setiap bani mahu mengangkatnya ke tempat asalnya itu.

Lalu, dengarlah suara kemarahan dan tidak mahu mengalah antara bani2 di Mekah. Pendebatan berlalu selama 5 hari, tetapi tiada penyelesaian. Antara kaum bani Adi dan bani Abdul Dar sudah mula mahu bergaduh dgn senjata.

Gentingnya suasana, maka ilham dari Allah dtg juga kepda tokoh besar bani Makhzum, iaitu Umayyah b al-Mughirah, nama sebenarnya Huzaifah, juga abg kepada al-Walid dan Hasyim. Menantu Abdul Muttalib, kerana isterinya Atikah bt Abdul Muttalib, Ummu Salamah Ummu Mukminin pula anaknya. Dia bangun dan berkata;

“Wahai org2 yg sedang berselisih. Jgnlah kamu melanjutkan pertelingkahan ini!, marilah kita sama ingat, telah bersepakat antara kamu mengeluarkan harta yg byk, mengerah tenaga, dan membuang waktu hari2. Kini kerja kamu selesai, tinggal meletakkan batu hitam itu shja, satu kerja yg amat ringan lagi mudah, tetapi mengapa kamu berselisih sebegitu hebat? Begini shjalah hendaklah kamu pilih antara kalian seorg hakim yg adil. Adapun cara pemilihan hakim ini, barang siapa pda besok pagi lebih dahulu masuk ke Masjidil Haram lelalui pintu Bani Syaibah, maka dialah harus kamu serahi memutuskan perkara ini”.

Dengarlah perkara ini, semua pun setuju, kerana mereka pun sudah buntu akal. Daripada berlakunya pergaduhan yg menumpahkan darah baik shja dgn cadangan itu.

Maka, menunggulah ketua2 bani melihat siapa yg bakal menjadi hakim itu. Tentulah dengan kuasa Allah, tergerak hati nabi untuk melangkah awal berbanding org2 lain.

Nabi hakim yang brilliant.

 Utk lebih menarik, marilah ikut cerita Baqum sendiri dahulu.

“Tidak lama kemudian masuklah dari pintu itu seorg muda yg sgt indah wajahnya. Langkah kakinya amat terhormat. Pandangan matanya seperti pembawaan badannya sgt menarik dan menundukkan siapa shja yg melihatnya. Tatkala melihat pemuda itu, bergembiralah org Quraisy.”

Berkatalah slh seorg dari mereka;
“Ini al-Amin yg sgt kita percayai. Ini Muhammad yg kami rela. Kita serahkan persoalan kita kpdanya”

Begitulah lagaknya kaum musyirikin Mekah, cinta mereka terhadap insan yg bernama Muhammad sebelum diangkat menjadi nabi.

Nabi pun sampai ke tempat berkumpulnya ketua2 kabilah. Abu Umayyah menceritakan masalah itu kepada nabi. dan dgn ini mereka juga setuju agar nabi menjadi hakim.

Dgn kecerdikan nabi, tmpa buang masa, baginda meminta selebar kain yg kuat. Ketua2 Quraisy pun terpingga2. Tetapi nabi yg bijaksana tidak hiraukan mereka. Baginda mengambik kain itu dan terus membentangkannya bersebelahan Hajarul Aswad yg jatuh itu. Tanpa berkata apa2 nabi mengangkat seorg diri batu itu ketengah2 kain yg terentang.

Riwayat lain ada sebut, kain itu adalah serban nabi sendiri.

Ok, bagaimana pula jika Nabi tiba2 bertanya;

“Jadi untuk mengangkat batu ke atas kain ini, saya yg mengangkat seorg diri, kamu semua setuju ke”

Maka tentulah bermacam2 pendapat pula muncul dan ini akan menyusahkan Nabi sendiri yg buat keputusan. Maka ada baiknya nabi yg buat sendiri tanpa berkata apa2.

Dengan cepat juga ketua2 kabilah menghampiri nabi. nabi pun dgn meminta agar setiap pemimpin kabilah dtg memegang setiap penjuru kain itu. Mengangkat kain itu hinggalah ke sisi Ka’bah tempat duduk asal Hajarul Aswad.

Kemudian nabi sendiri mengangkat Hajarul Aswad dan diletakkan ke tempat asalnya itu. Melihat keadaan itu, semua ketua kabilah berasa puas hati. Masing2 memuji kepintaran Nabi.
Sekian~           

Wassalam.     .

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM