Sirah: Nabi Muhammad saw, 13

Assalamualaikum!

mai usya anak2 Nabi kita Muhammad saw~
lawa~

Bab 13

Putera Puteri Nabi

Hasil perkongsian Hidup dengan Siti Khadijah

Nabi dikurniakan 7 org anak tika hidup bersama Siti Khadijah bin Khuwailid. 3 laki, 4 perempuan. Iaitu, al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyyah, Ummu Kalthum dan Fatimah.
Ketika usia 40 tahun, semua anak lelaki Nabi telah pun meninggal dlm usia muda, jadi hanya 4 anak perempuan nabi yg masih hidup. 3 daripada mereka sudah pun kahwin, manakala siti Fatimah z-Zahra’ waktu itu masih kecil, baru 5 tahun.

Zainab

Puteri pertama Nabi, lahir ketika Nabi lingkungan 30 tahun. Kerana ketika 26 tahun, al-Qasim yg terkenal dgn nama at-Taib dilahirkan. Malahan Abdullah juga, yg dikenali degn nama at-Tahir lahir sewantu nabi 28 tahun.
Usia nabi 43 tahun, siti Zainab menghampiri usia 13 tahun. Dan tibalah waktu dikahwinkan, atas persetujuan siti Zainab sendiri, dilamar oleh pedagang Quraisy yg kaya, anak saudara siti Khadijah, Abu al-Ass bin ar-Rabi’. Ibunya Abu al-Ass adalah kakak/ adik Khadijah sendiri. Tinggalah Siti Khadijah bersama suaminya sehingga meninggal ketika usia 26 tahun, waktu tahun pertama Hijrah di Madinah. Memperoleh juga anak di antara mereka tetapi tidak dinyatakan.

Ruqaiyyah

Puteri kedua Nabi. sgt cantik jelitawan seperti kakaknya.
Kerana bersebelahan dengan rumah al-Abbas, maka tidak hairanlah anak2 al-Abbas sentiasa tertarik dgn sepupu mereka yakni anak2 perempuan nabi. maka Utbah bin Abu lahab telah jatuh hati dengan Ruqaiyyah yg lahir ketika usia nabi 32 tahun.

Ketika itu umur puteri nabi ini baru, 9 tahun, amat muda. Dan hasil perkahwinan ini tidaklah sempat mendapatkan zuriat, kerana masih baru sahaja kahwin, nabi diangkat menjadi rasul. Dan ternyata al-Abbas atau gelarannya Abu lahab telah menentang Nabi.

Abu lahab memaksa anaknya Uthbah memulangkan kembali, bercerai dengan Ruqaiyyah. Amatlah berat hati Uthbah, dia menghantar bekas isterinya itu dgn penuh hormat. beberapa tahun kemudian, Ruqaiyyah dijodohkan dengan sahabat nabi, hartawan Quraisy, tampan, Uthman bin Affan.
Hidup Ruqaiyyah tidaklah lama, usianya 23 tahun maka meninggallah dia ketika berlakunya perang Badar. Meninggalkan seorang anak bernama Abdullah, tetapi juga meninggal pada usia kanak2.

Ummu Kalthum

Puteri nabi ke3, lahir ketika nabi 33 tahun.
Ketika dikahwinkan dengan adiknya Utbah, juga terpikat dengan kejelitaan si Ummu Kalthum, usianya hanya 8 tahun. Sama, si Utaibah juga diminta untuk menceraikan Ummu Kalthum, setelah nabi diangkat menjadi rasul. Dengan bengis, pergilah dia mengheret puteri nabi yg ke3 itu sampai di hadapan rumah nabi. Utaibah melemparkan muka yg penuh kebencian, sambil memaki dan menyumpah nabi.

Sempat juga kakinya diangkat menendang dada atau pinggang nabi, sehingga nabi terjatuh ke tanah. Amatlah marah akan tindakan bekas menantunya itu, nabi menyumpah dengan bersabda,

“Engkau nanti akan dibinasakan oleh seekor daripada anjing2 Allah.”

Maka, dengan hati yg takut, pulanglah Utaibah ke rumah Abu lahab, menceritakan sumpahan nabi itu, dia tahu sebenarnya akan doa nabi, pasti makbul kerana nabi sememangnya utusan Allah. Namun mereka tidak mahu percaya kerana sifat kotor hati mereka. Akhirnya ternyata Utaibah dibahan oleh seekor singa ketika bermalam dlm perjalanan berniaga ke Syam.

Selepas kakaknya Ruqaiyyah, yg meninggal sewaktu tahun 2hijrah. Maka nabi mengahwinkan pula Ummu Kalthum dengan Utman bin Affan. Inilah datangnya gelaran kepada Sayidina itu, Zun Nurain, ertinya memiliki dua cahaya. kerna berkahwin dgn dua ank kesayangan Nabi.
Hidupnya dengan kawan karib nabi itu, selama 16 tahun shja.

Fatimah

Puteri bongsu nabi yg paling sayangi. Ketika nabi menjadi Rasul, usianya baru 5 tahun. Ketika dakwah secara terang2an usiknya hanya 8 tahun. Pada tahun 1 hijrah, dipinang oleh Ali b Abu Talib. Waktu itu usianya mekar 18 tahun amatlah lewat berbanding kakaknya kerana cintanya kpd Rasulullah. Bukan kerana tidak cantik seperti kata2 orientalis.

Amatlah jelita dan menawan, menlahirkan 5 orang anak tika hidup dengan Sayidina Ali, 3 lelaki, 2 perempuan. Usianya hingga 28 tahun.

hihi, nama2 puteri Nabi semua cantik2..
gak2 aku camne lak? hihi nak nama apa?
lalala, itupun kalau aku ada rezki nak kawin~

^_^

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM