Sirah: Nabi Muhammad saw, 2

Assalamualaikum

sudah siap!!

Bab 2

Datuk nenek Nabi

Kewibawaan Datuk nenek Nabi

Dalam diri Nabi terdapat 3 campuran bangsa/darah,
Bangsa Babil ( darah Nabi Ibrahim as mengalir ke anaknya Nabi Ismail as),
Bangsa Qitbi (darah isteri Nabi Ibrahim as, Siti hajar),
Bangsa Arab Jumhur ( darah isteri Nabi Ismail as)

Secebis Kisah beberapa orang datuk nabi

Ma’ad bin Adnan
-Datuk nabi yg ke 19
-Pahlawan perkasa, handal berperang
-Serangan hingga ke negeri Israil dan sering membuat serangan hebat
-Selalu menang, namanya sgt harum.

Nizar bin Na’ad
-Datuk nabi yg ke 18
-Kacak lagi segak, hensem~
-Bijaksana pintar

Mudhar bin Nizar
-Datuk nabi yg ke 17
-Seperti ayahnya, kelebihan, pabila org melihatnya terasa simpati dan kasihan
-Seorg pujangga
“ Lenyapkanlah dari dirimu apa-apa yg membinasakan.”
“Tidak ada di antara kebaikan dengan kebinasaan, selain drpd kesabaran yg tinggi ”
( nak copy post kat Fb?..sila~)

Ilyas bin Mudhar
-Datuk nabi yg ke 16
-Seorang falsafah
-Kedudukannya seakan-akan Luqmannul Hakim sewaktu zamannya
-Kata2 hikmat.
“barangsiapa yang menanam kebaikan, nanti akan menuai kesukaan, barangsiapa yang menanan kejahatan, nanti dia akan menuai kesesalan”

Fihr bin Malik
-Datuk nabi yg ke 10
-Pembesar arab yg dermawan, amat terkenal serta harum namanya

Kisah~

Pada satu tahun dlm musim haji, Para jemaah ditimpa kelaparan kehabisan bekalan makanan. Oleh itu Fihr berusaha mengumpul makanan berupa roti dari semua penduduk Mekah untuk mereka. Maka lahirlah gelaran Quraisy, si pengumpul roti ( orang yg mengumpul roti ).

Dari keturunannya digelar suku Quraisy. Sedang keturunan saudara si Firh, di gelar suku Kinanah

Selain itu, jika tidak didapati org miskin, musafir, dtg kerumahnya meminta makanan, beliau sendiri keluar mencari mereka yg lapar dn dahaga.

Ka’ab bin Luay
-Datuk Nabi yg ke 7
-Amat mengerti hal2 kitab terdahulu, kerana itu, dia mengetahui Nabi akhir zaman akan lahir dri kalangan keturunannya.
-Seorang guru, sentiasa mengajar di sisi Kaabah setiap Jumaat, mengingat orang ramai apabila nabi sudah lahir, hendaklah mereka beriman kpdnya.
-Juga datuk ke 9 Sayyidina Umar

Murrah bin Kaab
-Datuk nabi, dan Sayyidina Abu bakar as-Siddiq yg ke 6
-Mulia terhormat

Kilab Bin Murrah
-Datuk nabi yg ke 5
-Nama sebenar, dah tau an~, Hakim
-Kilab itu gelaran, kerana dia memelihara beberapa ekor anjing untuk memburu.
-Dialah orang yg menamakan bulan2 arab yg 12
-Juga datuk ke 3 ibunda nabi, Siti aminah bt Wahab

Peristiwa Hasyim dengan Anak saudaranya, Umayyah

Setelah kematian Abdul Manaf bin Qusai, ada 4 orang anak yg tinggal~

Abdul Syams,
Tertua, berpindah keluar Makah, keseberang laut merah, berjumpa Raja an-Najasyi ( an-Najasyi di sini hanya gelaran like firaun, bukan Raja yg hidup sewaktu Nabi bejuang di Makah) di Negeri Habasyah ( now Ethiopia), untuk hubungan diplomatik dan perdagangan.

Naufal
Anak ke 3, membina kehidupan di Farsi, berdiplomatik dan hubungan perdagangan degn Maharaja Kisra Farsi

Al- Muttalib,
Anak bongsu, pergi ke Yaman, sama~ diplomatik dan berniaga dengan kerajaan Himyar
Kenapa mereka tidak memegang apa2 jawatan di Mekah, sedang mereka juga pernah menetap di sana?

Hasyim,
Bijaksana, pintar dan berbakat besar dlm pentadbiran. Sgt pemurah. Pengaruhnya lebih tinggi. Sehingga mendatangkan rasa kurang senang oleh anak saudaranya, anak Abdul Syams yg bernama Umayyah.

Kerana tidak suka keturunan Hisyam lebih di tinggi2kan berbanding keturunannya, dia cuba menandingi kemurahan si bapa saudaranya itu. Umayyah mencontohi sikap pemurah itu, dengan menolong jemaah haji, orang miskin, membantu musafir, ect.

Setelah terasa dirinya lebih megah dlm berbuat baik, dia ingin diadili siapa yg lebih mulia, dengan dihakimi seseorang. Jika Umayyah menang, hendaklah bapa saudaranya itu menyembelih 100 ekor unta dan diberi makan kpd fakir miskin dan keluar dari Mekah, berdiam selama 10 tahun. Begitu juka kalau dia kurang mulia, kalah, buat perkara yg sama.

Ternyata darjat kemuliaan lebih memihak Hasyim, malu kalah , setelah menyembelih 100 ekor unta, kasi fakir miskin makan, Umayyah keluar ke Syam.
Inilah titik hitam tapi persaudaraan antara keluarga Syam dan Keluarga Umayyah. Umayyah menyimpan dendam. Sedang hasyim..dah menang, relek sudah~

//agak ringan sikit cerita ini~
itulah kisah datuk2 nabi..
datuk anda?? tau??
huhu
dan, kalau ada tersalah bahasa, say2 lah. aku taip sgt laju tau!!
bangga kononnya, haha
//
wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM