Sirah: Nabi Muhammad saw 7

Assalamualaikum

Bab 7

Nabi dibesar di Desa Bani Saad

Disusui dan Dipelihara Oleh Halimatus Sa’adiah

Menjadi adat, kaum Arab badwi yg tinggal di pendalaman akan keluar pergi ke bandar meminta upah menyusukan anak2 orang kaya yg baru lahir.
Pun begitu, wanita2 yg bertugas menjadi ibu susuan ini, tidak berminat dgn rumahnya Abdul Muttalib yg adanya Siti Aminah. Ini kerana masyhurnya berita Siti Aminah sudah pun ketiadaan suami, bermakna bayaran upah itu seperti tiada.

Halimatul bt Abu Zu’aib as Sa’aidah, isteri al-Harith bin abdul Uzza ( Abu Kabsyah ), merayau di celah2 lorong kota Mekah, tidak didapati mana2 bayi untuk disusukan. Beliau seorang yg lemah lembut, tidak mahu berebut2 dgn yg lain.

Kehendak Allah, dtg lah Halimatul ke rumah datuknya Nabi itu. Dapatlah beliau bayi yg comel itu, nabi, dengan persetujuan Siti Aminah.
Selama seminggu disusukan ibundanya, kemudian Thuwaibah al – Aslamiyyah, barulah giliran Halimatul Sa’adiah.

Kisah penceritaan dari halilatul sa’adiah sendiri. (aku ringkaskan )

Musim kemarau, berangkat lah saya ke Makah bersama suami dan anak2 ku, menuggang keldai, membawa seekor unta tua yg tiada lagi susu untuk diperah. Anak ku kelaparan tidak mahu tidur, hinggalah terlihatnya rumah Abdul Muttalib.

“Demi Allah! Saya mesti pergi mengambil anak yatim itu” kata saya.

“Tidak mengapa ambillah, Moga2 Allah memberi berkat kepada kita memeliharanya” jawab suami saya.

Tidak ada yg mendorong saya mengambil anak itu, melainkan kerana ketiadaan bayi lain lagi untuk disusukan. 
Dapat sahaja Nabi, terus disusukan bersama2 anak saya, higga kenyang dan tidur lena.
Suami saya pergi ke tempat unta kami, dilihatnya unta yg kurus itu boleh pula, telah penuh susunya, diperahlah dan dibawa pulang.

Paginya.

“Percayalah Halimah, demi Allah! Nahwa kamu telah mengambil anak yg berkat sekali” ujar suamiku.

“Saya pun sungguh beranggapan sebegitu” kata ku mengiyakan suami ku itu.

Pergilah saya ke tempat kediaman kami pula, amat pantas perjalanan kami, hingga himar2 teman saya tidak mampu mengejar kami.

Sesampainya ke kediaman Bani Saad, tempat yg kemarau itu, terlihatlah pula kambing2 peliharaan saya sudah penuh susunya, lalu diperah dan minum. Sedang teman2 saya tiak pula memerah.

“Wahai Halimah! Sungguh beruntung kamu kerana memelihara anaknya Aminah itu.” Kehairanan jiran2nya.

“lepaslah kambing2 kami ke tempat kambing2 si halimah itu” ujar jiran2 yg lain pula.

Kendapati, kambing2 meraka tetap lapar tiada hasilnya susu. Inilah berkat Allah terhadap Si Halimah sekeluarga.

Closed setori~

Nabi dipelihara bersama Asy-Syima, anaknya Halimah dan Abu Kabsyah. Sampailah 2 tahun, Nabi dibesarkan dengan baik, di dalam udara yg segar menjadi anak yg cergas, sihat dan cantik.
 Menurut halimah, pembesaran nabi amat luar biasa, seumur 2 tahun badan nabi Sudah keras dan kuat.
Selesainya tugas menyusu, dipulangkan sudah nabi ke pangkuan ibundanya. Amat2 sedih lagi rindu, Halimah meminta juga agar dipelihara nabi buat kali kedua. Aminah pun setuju dengan senang hati.

Maka peliharalah nabi bersama kakak2 dan adik susuan baginda sehingga usia 4 tahun 2 bulan (50 bulan).
Nabi juga bersabda “ Aku adalah orang paling fasih di antara kamu dan aku orang Quraisy yg dibesarkan di dusun keluarga Bani Saad bin Bakar”
Ini kerana, Bani Saad, bahasa arabnya antara yg paling fasih dn jelas.

Dada nabi di belah oleh 2 malaikat

Diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam, antara usia 2 hingga 4 tahun itu, berlakunya peristiwa yg menggerunkan keluarga Halimatul. Terjadinya sewaktu nabi dan saudara sesusunya berada di kandang kambing, melihat anak2 kambing yg baru lahir. Maka dtgnya 2 lembaga, lelaki yg kacak bejubah putih mendekati Muhammad saw. Lalu membawa baginda di suatu sudut yg tidak jauh, menidurkan nabi, dan dibukanya baju, kemudian membelah dada baginda. Setelah tamat, berlalu pergi.

Dan Halimatul sekeluarga melihatnya nabi seakan2 pucat wajahnya, maka dakaplah anak susuannya itu. Ketakutan malahan bimbang, maka tidak lama kemudian pulanglah nabi kembali ke Siti Aminah, ibunda baginda. Ini kerana bimbang ada lagi kejadian aneh berlaku.

Pun begitu, Orientalis anggap cerita ini tidak benar, tiada kebenaran. Sir Willian Muir, menulis dlm bukunya The Life of Mahomet, menyatakan kejadian itu hanya hayalan nabi, konon menghadapi penyakit saraf. Pun begitu, amat tidak logik kalau nabi Cuma berimaginasi, sedang adik beradiknya yg lain serta halimatul Sediri melihat kehadiran 2 lembaga itu.
Dasar kafir~

wassalam   

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM