Sirah: Nabi Muhammad saw, 11
Assalamualaikum~
Bab 11
Bekerja dengan Siti Khadijah
Memperniagakan barang2 siti Khadijah ke negeri Syam
Ketika usia nabi cecah 25 tahun, mula lah era nabi sebagai peniaga.
Kisahnya bermula pabila, jutawa wanita arab Quraisy, Siti Kahdijah binti Khuwailid, mahu menjual brg2 dagangannya yg sgt byk. Perlunya mencari peniaga yg jujur amanah, bijak menarik pelanggan jika mahu untung yg berkat.
Berita jutawan wanita mahu mencari pekerja untuk membawa brg2 dgn ke Syam akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Talib. Lalu lelaki yg sudah pun berusia 53 tahun itu, melihat kesempatan baik bagi Nabi, yg sedang di ambang kemudaan.
Abu Talib, beria2 mahu nabi mengambil peluang ini, tetapi selaku ayah angkat perlulah juga dia bertimbang rasa mendengar pandangan nabi sendiri.
“Ayahanda seorg yg tidak punyai harta. Skarang ini pun keadaan ekonomi ayahanda sungguh berat skali. Ayahanda ada mendengar khabar bahwa Khadijah telah memberi upah kepada pekerjanya sebyk 2 ekor unta muda. Tetapi ayahanda tidak sesekali suka upah sebanyak itu untuk diri anakanda. Apakah anakanda setuju ayahanda bincangkan perkara ini dgn Khadijah?”
Hasrat Abu talib, tidaklah terlalu menarik minat nabi. ini kerana nabi bukanlah insan yg tamak haloba. Mahu kumpul kekayaan. Bagi baginda, kezahidan adalah lebih penting untuk ketenangan hati. Jiwa nabi telah diterap oleh Allah sedemikian rupa sebagai persiapan menerima risalah dan bertungkus-lumus dlm berdakwah.
Tidaklah nabi bersetuju sgt dgn cadangan bapa saudaranya itu, tetapi nabi tidak sampai hati lalu menjawab.
“Mana yg ayah pandang baik, saya ikutlah”
Lalu, setelah mendapat persetujuan itu, maka bergegaslah dia ke rumah Khadijah untuk berbincang. Malahn tidak lah mahu dia berselindung mengenai upah, jika pekerja biasa dibayar 2 ekor unta muda, Abu talib meminta siti Khadijah membayar nabi dgn kadar dua kali ganda, yakni 4 ekor unta muda.
“Kalau tuan meminta seperti itu untuk org yg tidak kami sukai, tetap kami memperkenankan kerana menghormati tuan. Apatah pula untuk anak saudara tuan itu pula”, jwb Siti Khadijah menerima permintaan Abu Talib.
Pulanglah Abu Talib memberitahu nabi.
“Memang ini rezeki( persetujuan upah 4 ekor unta muda) yg dikurniakan oleh Allah kepada anakanda”
Bertemu dengan Pederi Nastura
Sampainya masa yg baik, berangkatlah nabi bersama hamba dan org kepercayaan Siti Khadijah bernama Maisarah.
Tugas Maisarah hanyalah sebagai org kanan Siti Khadijah, tidaklah diketahui nabi mahupun org yg ikut gerombolan mereka bahwa ada juga tugas rahsia si Maisarah ini, iaitu sebagai pemerhati gerak geri nabi.
Jadi sepanjang perjalanan, Maisarah sentiasa melihat sikap nabi diamati jauh sekali berbeza dgn sikap2 pemuda yg turut sama berniaga brg2 majikannya itu. Ya, nabi tidak henti2 berzikir. Apabila berhenti berehat, kebiasaan ahli gerombolan bersyair, atau bernyanyi, sedang nabi duduk bediam di satu sudut yg sepi.
Setelah hampir sampainya di Syam, biasalah untuk mereka berehat di kota Busra, tempat persinggahan. Dan nabi terus pergi berehat, menyendiri, di suatu dahan sementara menunggu rombongan bergerak lagi. Seperti cerita sebelum ini, adanya gereja berdekatan tmpat itu, tetapi rahibnya telah sudah org lain, bukan lagi org yg sewaktu Abu talib bawa nabi berniaga ke Syam.
Kali ini, rahib Nastura, menghampiri Maisarah bertanyakan seorg pemuda yg berteduh di pohon kayu yg rendang itu.
“Siapakah pemuda yg duduk di bawah pokok sana?”
“Dialah pemuda yg berasal dari Tanah Haram dan berketurunan Quraisy” jawab Maisayah.
“Adakah dlm dua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nasrani itu, hatinya semakin tertarik dgn perwatakan nabi, yg diyakini seorg yg agong. Seperti mana, telah pun diberitakan oleh Nabi Musa as, dan nabi Isa as. Ya, kini berada di hadapan matanya.
“ya” jawab Maisarah jujur.
Dimaksudkan tanda merah di mata Nabi oleh paderi Nastura itu, ialah bintik2 kecil yg berwarna merah yg ada, pada mata putih nabi, bukan mata nabi merah seperti orang tengah marah.
“Itu dia. Itu dialah penghabisan nabi2 Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia di angkat menjadi nabi,” balas paderi Nastura.
“Tidak ada seorang pun yg ingin berteduh di bawah pokok itu melainkan dia adalah seorang yg akan menjadi Nabi dan Rasul Allah” tambahannya lagi.
Lalu bergegas lah paderi Nastura ke tempat nabi berteduh itu. Melihatkan wajah nabi yg bersih bercahaya, penuh tanda2 kenabian. Dia pun mencium kepala dan kaki nabi, serta berkata;
“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oelh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhammad, aku telah melihat tanda2 kenabian yang ada pada diri engkau, sebagaimana yang telah disebut dlm kitab2 yg terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yg belum saya lihat pada dirimu. Kerana itu, bukalah belakangmu untuk ku lihat”
Setelah Nabi membuka pakaian baginda, Nastura melihat belakang nabi, dia berkata;
“Saya naik saksi bahawa tida Tuhan selain drpd Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau adalah Utusan Allah yg ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yg berasal dari penduduk Mekah”
Dengan ini dualah rahib Nasrani yg mengakui kenabian Muhammad saw. Kedua2nya dari Kota Busra.
Kemudian terus lah berjalan gerombolan itu ke negeri Syam.
Setibanya di sana, lagi sekali Maisarah berperanan memerhatikan Nabi, mengikut riwayat, nabi menjual barang tidak cara oleh kebanyakan niaga, biasanya peniaga akan meletakkan harga yg tinggi bagi setiap barangan. Sedang nabi menyatakan harga pokok dan meminta pelanggan meminta berapa harga yg dikehendaki. Dengan ini, pelanggan tentu berasa puas dan senang hati, tiak terasa tertipu. Lalu laris lah barang2 Nabi, hingga laku cepatnya habis berbanding peniaga lain yg utamakan keuntungan.
Ada pun nabi bertimbang rasa dengan pelanggan yg miskin, yg betul2 memerlukan barang itu. Selain itu, daya penarik yg luar biasa tentulah sikap dan wajah nabi yg sudah Allah ciptakan kacak menawan, baginda sentiasa tersenyum manis, walau kurang tuturnya, pelanggan suka.
Setelah selesai berniaga barang, maka Nabi bersama Maisarah membeli pula barang2 yg dipesan Siti Khadijah untuk dijual di Mekah pula. kemudian pulanglah mereka, kira 3km lagi masuk ke kota suci itu, nabi diajar oleh Maisarah agar terus berjumpa dengan majikannya, dan menceritakan segala usahanya, keuntungan yg baginda perolehi.
Melihat keuntungan yg diperolehi Nabi, maka bertambah2lah cintanya akan pemuda kacak itu, yakni bukanlah cinta yg dibuat2 dan bukan pula mudah2 lupa. Inilah takdir Allah, setelah siti Khadijah kematian 2 org suami yg sebelum ini.
wassalam
Comments
Post a Comment