Sirah: Nabi Muhammad saw, 19
Assalamualikum
Pentingnya mengetahui urutan siapa yg masuk islam, sebab~?
boleh tahu kisahnya dan bagaimana.
“Siapa shja yg aku ajak ke dlm Islam, pastinya pada mulanya menolak( meminta tangguh ) kerana ragu2 kecuali Abu Bakar. Abu Bakar tidak pernah menolak apa sahaja yg aku sampaikan kpdnya. Dan tak pernah ragu2, terus sahaja diterimanya”
Abdul Rahman bin Auf
Saad b Waqqas
Aduh, Tetapi mengikut riwayat KH Munawir Khalil dlm kitabnya pula, ibunya Saad adalah Hammah bt Abu sufyan!.
Kalau ikutkan ancaman yg diperkatakan ini, maka ibunya Saad adalah Hammah bnt abu sufyan. Err.. aku tak dpt nk jelaskan knapa , tidak ditulis.
Talhah bin Ubaidullah
Pentingnya mengetahui urutan siapa yg masuk islam, sebab~?
boleh tahu kisahnya dan bagaimana.
Bab 19
Menyeru Sahabat Karibnya
Abu Bakar as-Siddiq Beriman
Sahabat nabi yg paling kental ini hanyalah nabi kenal beberapa tahun sebelum diangkat menjadi Rasul. Kisah bagaimana bersahabat ini tidaklah ramai org ketahui, sebab jrg diperkatakan. Hidupnya adalah selaku perdagang yg kaya. Selama hidupnya dia tidak pernah sembah berhala, berjudi, minum arak berzina dan lain3 benda yg kotoq. Yup, Dia seorg yg penuh kemuliaan dan kebaikan.
Kisahnya keislamannya, Abu Bakar berjalan2, lalu terserempak dgn nabi yg kebetulan mencarinya. Dia jua ada hal, ingin ditanya, kpd Nabi, setelah mendengar anak saudara Nabi, cakap2 fasal seruan yg dibawa Nabi. Belum sempat nabi menyapa dia, dia telah bertanya dahulu;
“Wahai Abu Qasam! Aku tidak melihat engkau dlm majlis kaummu. Mereka menuduhmu bahwa engkau telah mengolok-olok ibu bapa mereka”
Nabi pula menjawab;
“Wahai Abu bakar! Sesungguhnya Allah telah mengutus aku dan aku mengajak engkau masuk ke dlm agama Islam”
Kemudian nabi membaca sepotong ayat yg telah baginda terima wahyunya. Mendengar sahabat baiknya itu membacakan ayat al-Quran berkenaan dgn penuh kemanisan dan indah itu, hatinya tertarik terus dia peluk Islam tanpa berfikir panjang dan ragu2.
Keimanan Abu Bakar amatlah diakui oleh nabi Muhammad Saw sendiri dlm sebuah hadis baginda;
“Siapa shja yg aku ajak ke dlm Islam, pastinya pada mulanya menolak( meminta tangguh ) kerana ragu2 kecuali Abu Bakar. Abu Bakar tidak pernah menolak apa sahaja yg aku sampaikan kpdnya. Dan tak pernah ragu2, terus sahaja diterimanya”
Peringkat kedua yg beriman
Mereka yg masuk Islam atas Usaha Abu Bakar
Mengikut riwayat setelah beliau memeluk Islam, terus ditanya kepada Nabi “Apakah kerjaku?” jawab Nabi “kerja kau adalah kerjaku ini juga.” Mendengar kata Nabi itu, teruslah Abu Bakar tidak diamkan diri, melainkan beliau juga turut berdakwah.
Abu bakar berusaha mengajak pembesar2 Quraisy yg terkemuka, juga kenalan beliau dlm berniaga. Mereka ialah
1. Uthman b Affan, pemuda kacak dari bani Umayyah,
2. az-Zubair b al-Awwam, saudara siti khadijah sendiri.
3. Talhah b Ubaidillah, sepupu beliau sendiri.
4. Abdul Rahman b Auf saudagar hebat yg juga ipar kpd Uthman.
5. Saad b Abu Waqqas, sepupu nabi belah ibu baginda. Selain itu,
6. Abu Ubaidah b al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir,
7. Said b Zaid b Amru b Naufal b Abdul Uzza. Isteri beliau sendiri,
8. Fatimah bt a-Khattab, adiknya Umar al-khattab.
9. Arqam b Abu Arqam,
10. Uthman bin Madz’um, kedua2 saudaranya
11. Qudamah dan Abdullah b Madz’um.
12. Ubaidah b al-Harith b Abdul Muttalib.
13. Abu Salamah b Abdul Asad bin al-Mughirah al-Makhzumi, saudara sesusu nabi.
14. Asma’ dan
15. Aisyah, kedua2 anaknya Abu Bakar,
16. Khabbab b al-A’rat dan lain2.
16. Khabbab b al-A’rat dan lain2.
Sedikit Riwayat tentang Lima Sahabat terkemuka
Uthman b Affan
Memeluk silam ketika umurnya sekitar 35 tahun. Walaupun berketurunan Umayyah yg agak bermusuhan dgn bani Hasyim, dia tidaklah terikut2 dgn masalah keluarga itu. Seorg peniaga yg hebat juga.
Az-Zubair b al-Awwam
Anak saudara Siti Khadijah, juga anak kpd Safiyyah bt Abdul Muttalib. Usianya bari 8 tahun ketika memeluk islam.eh, Kenapa pula Abu Bakar ada kawan yg masih kanak2?. Tidaklah menjadi kehairanan, kerana dalam berkawan tidak kenal usia, janji setia dan serasi.
Abdul Rahman bin Auf
Waktu memeluk Islam umurnya sudah 30 tahun. Sebaik ibunya mendengar akan hal ini, Siti Syifa’ amatlah marah.
“Demi Allah! Aku tidak akan bernaung di bawah bayangan atap di musim panas ataupun dingin, dan haram semua jenis makanan ke atas diriku sehingga engkau kafir kembali terhadap Muhammad”
Mendegar ugutan ibunya itu, tidaklah mengugat keimanan beliau. Malahan lama2 ibunya tidak tahan panas dan sejuk, lapar dahaga, menarik semula sumpahan atau ugutan itu.
Dia juga ipar kepada Uthman bin Affan kerana, berkahwin dgn Ummu Kalthum bt Uqbah b Abu Muaith saudara Uthman belah ibunya.
Semasa pemerintahan Umar al Khattab, beliau menjadi salah seorg Ahli Majlis Syura, setelah Umar meninggal ditikam, Abdul Rahman dipilih menjadi Pengerusi majlis tersebut utk melantik khalifah seterusnya.
Saad b Waqqas
Usianya samalah juga dgn as-Zubair ketika Abu Bakar mengajaknya kpd Islam. Keadaannya sama seperti Abdul rahman b Auf, ibunya, Umaimah bt Abdul Muttalib juga mogok. Oleh sebab itu, beliau bertemu dgn Muhammad saw, bertanyakan apakah yg perlu dia lakukan terhadap ibunya itu. Maka turunlah ayat al-Quran yg berbunyi;
“Dan kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu supaya menyekutukan Allah dgn sesuatu yg tidak ada pengetahuanmu tentang perkara itu, maka jgnlah kamu mengikuti keduanya. kepadaKulah semua kamu kembali dan Aku akan beritahu semua perbuatan yg telah kamu lakukan” surah al-Ankabut, ayat 8.
Dgn turunnya wahyu ini, maka Saad terus berbuat baik kpd ibunya itu. Walaupun ibunya masih belum beriman. Melihat kelakuan anaknya itu, Umaimah terpaksa batalkan sumpahannya itu.
Aduh, Tetapi mengikut riwayat KH Munawir Khalil dlm kitabnya pula, ibunya Saad adalah Hammah bt Abu sufyan!.
“Wahai saad! Akun mendengar sekarang engkau sudah menjadi seorg manusia yg celaka. Demi Allah! Demi Allah! Demi Lata dan Uzza, aku tidak akn berteduh di bawah atap rumahku, baik di hari hujan mahupun di musim panas, sebagai bantahanku terhadap seseorg yg menjadi pengikut Muhammad. Dan sekarang engkau telah menganut agama Muhammad. Haramlah kamu memasuki rumahku ini. Haramlah kamu memakan makanan masakanku dan haramlah kamu meminum air milikku”
Kalau ikutkan ancaman yg diperkatakan ini, maka ibunya Saad adalah Hammah bnt abu sufyan. Err.. aku tak dpt nk jelaskan knapa , tidak ditulis.
Saad dikemudian hari menjadi panglima perang yg digeruni. Penyertaan beliau dlm perang membuka negara farsi masyhur kerana menewaskan Rustam pahlawan farsi yg terulung.
Saad hidup hinggalah zaman Khalifah Ali ra. Zaman perpecahan umat islam. Meninggalnya beliau hanya seperti org biasa, di katil rumahnya. Makamnya terletak di perkuburan Baqi’. Pun begitu, ada yg berpendapat makamnya di negeri China kerana beranggapan dia telah menyebarkan agama islam ke sana. Tetapi sebenarnya itu adalah nama pendakwah yg menpunyai nama yg sama dgn Saad b Abu Waqqas.
Talhah bin Ubaidullah
Sepupunya Abu Bakar as-Siddiq, yg nama sebenarnya Abu Bakar bin Abu Quhafah ( nama sebenar uthman ) bin Amir. Sedang Talhah b Ubaidullah b Amir. Kisahnya amat bersangkut paut dgn az-Zubair. Contohnya, ketika zaman Uthman bin Affan mula mendapat tentangan org tertentu, rakyat Khufah ingin az-Zubair menjadi khalifah. Sedang rakyat basrah pula mahukan Talhah menjadi khalifah.
Selain itu, ketika tentera bawaan Az-zubair bergabung bersama tentera Talhah, berjalan melalui kota Basrah utk bergabung juga dgn tentera sayyadatina Aisyah ra, yg mahu menentang khalifah Ali ra. Ahli sejarah menyebutkan, ketika mereka mahu menunaikan solat asar, dgrlah ayat, “Talhah dan Zubair masing2 merasa diri merekalah yg lebih layak mengimani solat jemaah”
Malahan lebih tragis, mereka berdua meninggal di tempat atau keadaan yg sama iaitu semasa perang Jamal.
Golongan yg ketiga beriman
Mereka adalah org memeluk agama islam selepas ke10 org yg awal beriman.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Seorg yg gagah perkasa, dan handal berperang, usianya ketika memeluk islam adalah 30 tahun. Ayahnya adalah pembesar Quraisy yg membenci Muhammad dan agama seruannya. Lalu al-Jarrah telah mengalau anaknya itu keluar dari rumah.
Sejak itu, Abu Ubaidah terpaksa tinggal bersama nabi atau sahabat2nya yg lain. semasa zaman khalifah Umar, pembukaan negeri2 syam dan irak adalah hasil penyertaan Abu Ubaidah juga selaku ketua, kemasyurannya amat menyamai Khalid al walid dan juga Amru al-ass.
Meninggalnya kerana sakit, dan dimakamkan di syam. Amatlah berduka cita Khalifah umar akan sahabat baik itu. Walau dia sebagai org ke11 masuk islam, dia tetap antara sahabat yg dijanjikan Syurga oleh nabi.
Abu Salamah b abdul Asad al-Makhzumi
Sebagai org yg ke12 beriman, syahidnya ketika perang Uhud.
Arqam bin Abu Arqam
Sepanjang masa Nabi Muhammad saw, menyebarkan agama Islam secara sembunyi, telahlah baginda mendapat tempat strategik utk berdakwah, iaitu pusat penyebaran Islam yg kedudukannya di bukit safa. Rumah yg dimaksudkan adalah, rumah Arqam sendiri.
Org ke13 yg memilih islam sebagai agamanya ini juga tergolong sebagai Sabiwul Awwalun, iaitu para sahabat yg memeluk Islam sebelum nabi berdakwah kpd kaumnya secara terang2an.
Saham terpenting beliau pada perkembangan islam tentulah rumahnya sebagai marqas, yg terletak juga disebuah bukit kecil yg terletak di kaki bukit Abu Qubais( bukan bukit safa yg org pergi tunaikan saie haji) yg agak tinggi dan sgt sesuai menjadi benteng tempat pengintip musuh.
Kisahnya selaku sahabat nabi tidaklah terlalu masyhur, melainkan sewaktu awal2 penyebaran Islam. Di mana, Nabi Muhammad saw menggunakan rumah beliau selama 40 bulan utk berdakwah. Pun begitu, berlakunya peristiwa di mana Khalifah Uthman memerintahkan agar mengeluarkan harta Baitul Mal utk diberikan kpd org2 tertentu. Sewaktu itu Abdullah bin Arqam adalah penjaga Baitul Mal. Yup, anak beliau.
Khalid bin Said bin al-Ass
Ayahnya adalah pemimpin Quraisy yg berpengaruh dari keturunan Umayyah. Pun begitu sinar Islam senang menembusi sanubari beliau, walaupun tinggal bersama keluarga yg amat berpegang teguh dgn budaya nenek moyang yg sesat itu.
Kisah~
Pada satu malam, adalah Khalid telah melihat jurang api yg amat dalam. Di berdiri berhampiran jurang itu. Tiba2 dtg ayah dan ibunya mahu menolak beliau jatuh ke dalam jurang berapi itu. Tetapi cepat2 dtgnya Nabi, lalu menahan beliau daripd ditolak oleh ibu bapa itu.
Tersedar lagilah terkejut dgn mimpi tersebut. Dia pun berasa takut. Lalu keesokannya, dia bertemu dgn Abu bakar menceritakan mimpi tersebut. Bakal Khalifah pertama ar-Rasyidin itu pun berkata, itu adalah satu tanda yg baik utk dirinya( khalid ). Lalu dibawanya pula bertemu nabi. khalid bertanya;
“Wahai Muhammad, kpd apakah tuan seru?”
Dan Muhammad pesuruh Allah itu pun menjawab;
“Kepada menyembah Allah yg tiada sekutu baginya, dan bahawa Muhammad itu adalah hamba Allah dan RasulNya. Tinggalkanlah dirimu drpd menyembah batu yg tidak mendengar dan tidak melihat, tiada memberi manfaat dan tidak memberi mudarat” jelas Nabi.
Mendengar itu, Khalid bin Said pun memeluk islam. Pun begitu, ayahnya mendegar akan hal itu pun marahlah dgn berangnya.
“Apakah engkau sudah menjadi pengikut Muhammad? Tidakkah engkau tahu semua org tidak mahu mengikutinya kerana dia selalu mencela tuhan2 kita dan membodoh2kan datu nenek kita yg cerdik2?”
Khalid dgn tegas menjawab;
“Demi Allah! Saya sudah mengikut seruan Muhammad, saya sungguh2 percaya kepadanya”
Mendengar pengakuan anaknya itu, makin geramlah dia;
“Pergilah engkau dari rumahku, jgnlah kamu mengikut aku lagi. Aku tidak akan memberi engkau makan lagi buat selama-lamanya”
Khalid pun menjawab;
“kalau ayah tidak lagi mahu memberi makan kepadaku, maka sesungguhnya Allahlah yg akan memberi aku makan”
Demikianlah~
pst, cuba bayangkan kalau ibubapa anda mogok dgn sikap anda.
apa tindakan??..( tidak kiralah anda still buat baik ke, ternakal sikit ke)
amatlah tabah sahabat2 nabi waktu2 itu.
wassalam
Comments
Post a Comment