Sirah: Nabi Muhammad saw, 17

Assalamualaikum

perbanyakkan membaca, kerana ilmu itu penting utk terus hidup.
bangkitlah! sudah sampai cerita Nabi diangkat menjadi rasul Allah, anda tahu kisahnya.
dan anda tahu surah pertama diturunkan~
mari membaca~ 

Bab 17

Bermulanya Zaman Kerasulan

Menerima Wahyu Pertama

Usianya Nabi 40 tahun, 6 bulan, tibalah waktunya, disatu malam , di bulan Ramadhan, bertarikhkan 17 hb tahun 1kenabian, ketika Nabi sedang tidur dlm keadaan duduk bertahannus, dikala gelap di dlm gua, dtgnya pemuda berjubah putih, mengejutkan nabi dan berkata dgn suara yg keras;

“Bacalah!”
Nabi pun terbangunlah dari tidur setelah mendengar suara yg kuat itu. Baca Apa?, fikir Nabi. Mata Nabi menatap wajah pemuda yg menyapa baginda itu, dilihatnya sgtlah hebat hingga menimbulkan rasa takut. Sedang baginda tidaklah tahu membaca, dan apa yg harus dia baca, baginda menyahut;
“Saya tidak pandai membaca!!”

Mendengar jawapan nabi, pemuda kacak itu menghampiri Nabi lalu memeluknya dgn kuat seperti perbuatan org yg mahu menghempas org ke tanah. Kuatnya pelukan itu, hingga nabi terasa sesak nafas. Sebentar kemudian pemuda itu melonggarkan pelukannya, barulah nabi berasa lega. Sekali lagi dia berkata;
“Bacalah!”
Dtglah takut nabi sekali lagi, seraya berkata;
“Saya tidak pandai membaca!!”

Pun sekali lagi pemuda itu memeluk Nabi dgn erat seperti mula2 tadi, gayanya membuatkan roh nabi seakan2 melayang keluar dari jasad baginda. Kemudian melepaskan kembali. Dan berkata dgn kasar;
“Bacalah!”
Iniliah kali ketiga lelaki misteri itu berbuat demikian. Samalh jua jawapan nabi;
“Saya tidak pandai membaca!!”

Mendengar jawapan itu, sekali lagi pemuda berjubah putih itu memeluk nabi dgn kuat, hinggalah nabi berasa amat2 letih dan sukar bernafas. Mengikut riwayat lain, terlebih dahulu pemuda itu ada membentang kain putih yg tertulis kalimah ‘Iqra’ yg meaningnya ‘bacalah’ ditunjuk kepada nabi.
Selapas tiga kali, Maka pemuda itu membaca surah al-Iqra, ayat 1- 5;
“Bacalah dgn nama Tuhanmu yg menciptakan. Yang mencipta manusia dari segumpal darah yg beku. Bacalah dgn nama Tuhanmu yg Maha Mulia. Yg mengajar manusia menulis dengan qalam. Yg mengajar manusia apa2 yg belum mereka ketahui”

Kemudian pemuda itu memperkenalkan dirinya;
“Aku adalah Jibrail, aku dtg kpd engkau utk menyampaikan risalah Tuhanmu”
Ini mengikut riwayat Ibnu Hisyam. Tetapi dlm riwayat Imam Bukhari, Imam Ibnu hajar al-Asqalani dan Imam Qastallani, bahwa ayat yg turun hanyalah 3 ayat shja, kemudian2 barulah ditambah.

Pengajaran

Lihatlah ayat pertama yg diturunkan oleh Allah swt kpd Muhammad Saw, adalah surah al-Iqra yg lima, ‘bacalah dgn nama Tuhanmu yg menciptakan’, memerintah dan mengalak agar umat manusia mementingkan ilmu melalui membaca serta menulis.

Kemudian, Allah menyeru agar manusia mengkaji dan memikirkan kejadian alam, yakni di dlm ayat kedua, ‘ Yg mencipta manusia dari segumpal darah yg beku’. Agar manusia sedar kan asal usul mereka, tidaklah mereka ada melainkan dgn dengan kehendak Allah swt.

Ayat seterusnya ‘Bacalah dgn nama Tuhanmu yg Maha Mulia’. Agar manusia, memulakan penerokaan ilmu atas nama tuhan yg Esa, pencipta alam, bukan dgn nama2 lain seperti nama2 berhala.
Insaflah manusia, kerana yg membuatkan seseorg itu pandai tidak lain hanyalah Allah Maha Bijaksana, itulah dari Ayat ke4, ‘Yg mengajar manusia menulis dengan qalam’. Dan alatan itu, qalam ( pen pensil, buku). Walau sekarang adanya laptop, komputer n else, kita tetap mengunakan tangan utk menulis/ menaip.

Ayat ke5 pula, sedarlah manusia, yg amat jahil, tiada pelajaran, kurang asas ilmunya. Melainkan kekuasaan Allah swt yg memberi akal fikiran utk kita memahami sesuatu. Sebutlah Alhamdulillah dan sentiasa bertaqwa kepada Allah pemberi hidayah. Ayat itu, ‘Yg mengajar manusia apa2 yg belum mereka ketahui’.

Nabi melihat malaikat Jibrail as di tengah2 langit

Setelah selesai menyampaikan wahyu yg pertama itu, malaikat Jibrail as pun hilang dipandang mata Nabi. tertulis juga kalimat2 di dada nabi akan surah al-Iqra. Masih teringat2 tetapi still takut. Dengan pantas nabi pun ingin bergegas pulang kerumah.

Belum pun sampai ke kaki jabal Nur, terdengar pula suara menyapa baginda. Seakan2 dari langit, maka nabi pun mendongak utk meninjau, terlihatlah akan kelibatnya malaikat Jibrail as yg amat besar , berpaling ke arah barat, ada juga, ke timur pun sama, berpaling ke belakang juga ada, tubuh malaikat itu memenuhi ruang angkasa. Seraya itu, Jibrail as pun berkata;

“Wahai Muhammad! Engkau Rasulullah dan aku Jibrail”
Adapun riwayat mengikut Kiyai Haji Munawar Khalil dlm bukunya Kelengkapan Sejarah Sirah Nabi Muhammad saw,  bahwa, Nabi melihat rupa sebenarnya Jibrail as, ketika berlakunya putus wahyu yg dikatakan 3tahun selepas itu.

Sesampainya ke rumah baginda, terkejutlah juga akan Siti Khadijah, kebiasaannya nabi memang tidak akan pulang pada waktu dekat2 subuh itu. Sebaik shja membuka selak pintu, nabi terus menyerbu ke bilik tidur baginda. Dlm keadaan gementar, nabi merebahkan diri di tempat tidurnya. Pinta Baginda;
“Wahai isteriku, selimutilah aku!! selimutilah aku!!”

Siti Khadijah pun risau dgn keadaan nabi itu, mukanya pucat, suaranya parau, peluh di dahinya membasahi baju baginda, malahan termengah2. Lalu menyelimuti baginda dgn kain. Duduk memerhatikan suaminya itu, terlihat sudah terlena keletihan.
Setelah nabi terjaga dari tidur, Siti Khadijah melihat keadaan nabi sudah tenang. Tidak lah dia tahu apa yg terjadi, jadi berbual2 lah dahulu hingga diyakini nabi sedia menjawab persoalan nya. Tanya isteri nabi itu dgn lembut;
“Aduhai Tuhan!, Apakah yg telah menimpa engkau wahai kekasihku! Katakanlah kepadaku wahai kekasihku, katakanlah! ”
“selimutilah aku!! selimutilah aku” ketika itu selimutnya sedikit terjatuh dari tubuhnya. Ternyata tidaklah hilang kagi rasa takut nabi.
“Sekarang aku tidak sabar lagi utk mengetahui soa ini, ceritalah kepadaku segera” Pinta Siti Khadijah sungguh2 setelah perbetulkan selimut nabi.
“Demi sesungguhnya aku bimbang terhadap diriku sendiri” jawab nabi keresahan, amatlah terkejut baginda akan peristiwa itu.

Kemudian Siti Khadijah cuba menghiburkan hati suaminya, memujuk;
“Oh!, Tidak begitu wahai kekasihku! Demi Allah! Allah tidak akan menghina engkau selama-lamanya, kerana engkau adalah insan yg selalu menyambung tapi kekeluargaan, selalu menanggung org yg dlm kemiskinan, engkau mencarikan pekerjaan utk org yg tiada pekerjaan, engkau juga memuliakan tetamu dan engkau juga selalu menolong org yg berada dlm kesusahan yg sebenar2nya”

Mendengar isteri baginda menyakini kemuliaan peribadi baginda senanglah hati si Nabi. Lalu mudahlah baginda menceritakan peristiwa di Gua Hira itu.
“Apakah tidak engkau menanyakan kpdnya, siapa engkau dan siapa yg dtg bersama engkau dan apakah maksud kedatangan engkau?”
Nabi menjawab yg hadir itu Jibrail as, dtgnya membawa risalah Tuhan yg esa.
Siti Khadijah membawa Nabi berjumpa Waraqah b Naufal

Agar nabi mendapat penjelasan daripd org yg alim lagi arif hal2 agama, Siti Khadijah membawa suaminya itu menemui sepupunya Waraqah b naufal. Dan memohon;
“Wahai anak lelaki bapa saudaraku! Dengarlah apa yg akan dikatakan oleh (nabi saw) anak lelaki saudaramu ini”
Waraqah bertanya;
“Wahai anak lelaki saudaraku ,apakah yg telah engkau lihat”
Sekali lagi Muhammad saw menceritakan peristiwa di Gua Hira itu.

“Quddus ( suci ), Quddus ( suci )! Wahai anak lelaki saudaraku! Ini adalah Namus Akbar (Malaikat Jibrail as, pembawa rahsia yg besar ). Yg telah diutuskan oleh Allah kpd Nabi Musa as. Oh! Alangkah baiknya kalau akudpt menjadi muda dan kuat kembali. Mudah2an aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu keluar kelak”
Terkejutlah nabi akan hal itu, apakah kaum Quraisy, yg amat2 menyanjung baginda malahan ada pertalian saudara memulau baginda kemudian hari?
“Apakah benar mereka( kaumku ) akan mengusir ku nanti?”

“Ya, sekali2 tidak ada seseorg yg dtg dgn membawa seperti apa yg engkau bawa itu melainkan ia mesti dimusuhi. Dan jika aku masih hidup pada waktu itu, aku akan menolong engkau dgn pertolongan yg sekuat2 tenagaku”
Setelah itu pulanglah mereka ke rumah Nabi semula. Sejak hari itu berhasratlah Siti Khadijah, agar menjaga nabi baik2 . Disimpannya rahsia kerasulan nabi yg bakal tiba itu kemas2. Adapun dirinya perlu bersedia dgn sifat2 yg mulia agar mudah dia beriman kpda suaminya itu.

Turunnya Surah Kedua

Setelah pulang tidaklah hati nabi benar2 tenang, malahan membuat kerja pun belum tentu menjadi, bagai org yg masih demam. Tibanya di rumah, nabi terus tidur.
 “selimutilah aku!! selimutilah aku”
Teruslah Siti Khadijah menutup baginda dgn kain tidurnya sgn penuh rasa sayang. Merasakan hangatnya selimut itu tenang lah nabi lalu melelapkan mata. Isteri nabi itu duduk memerhatikan wajah suaminya itu dgn rasa cinta. Memikirkan apaah pula yg bakal terjadi pada diri baginda.

Tiba2 Siti Kahdijah menyedari, wajah nabi mula berpeluh2 seperti ada sesuatu mimpi yg buruk sedang baginda hadapi. Bimbanglah jiga nabi ditimpa demam yg lebih parah!.
Sebenarnya tiba juga wahyu kedua nabi waktu itu. Tidaklah wahyu itu didengar oleh sesiapapun walaupun sedekat mana duduk dgn nabi.

Masa Terputus Wahyu

Haha, byk lar juga pendapat dan riwayat dari para ulama dan ahli sejarah. Fakta pertama dari Ibnu Ishaq menyatakan selama 3tahun. Lain2 ada yg 2 tahun setengah, 4 bulan, 40 hari, 15 hari, lastly 3 hari.
Bilakah Masa Terputus itu?
Sesetengah pengarah buku2 sirah seperti Syeikh Munawar Khalil, dan Zainal Arifin Abas, berpendapat masanya selepas turunnya surah al-Alaq. Ini kerana, memberi rehat kpd nabi bersebabkan beratnya penerimaan wahyu pertama yg dasyat.

Pun begitu, mereka beza pendapat berkaitan dgn waktu lamanya terputus wahyu. Kiyai Haji Munawir Khalil mengatakan 3 tahun, bersetuju dgn fakta yg dikemukakan Imam Ibnu Ishaq. Manakala ustaz Haji Zainal Ariffin bersetuju dgn ahli sjarah yg lain iaitu hanya 40 hari. Amatlah aneh kalau 3 tahun, kerana masanya terlalu lama. Sukarlah juga, nabi hanya dpt berdakwah berpandukan surah al-alaq yg lima ayat shja secara senyap selama 3 tahun. 

Berikut adalah aturan surah2 yg diturunkan, mengikut pendapathj Zainal.
Surah al-Alaq, kemudian terhenti wahyu 40 hari, turunnya Surah ad-Dhuha, kemudian surah Nun wal Qalam, dan keempat Surah al-Muzammil, atau mungkin surah al-Muddathir.
Namun pendapat Tahia al-Ismail lebih dirasakan tepat, dimana waktu berhentinya wahyu adalah selepas surah kedua turun. Di sini, surah itu adalah surah al-Muddathir, turun selepas nabi berjumpa dgn Waraqah, saudara Siti khadijah. Waktu itu nabi sedang berselimut (sambung bab 16). Sesuai seruan Allah swt, mengikut kandungan surah itu, berkalimah menyeru org yg sedang berada di dalam kain selimut.

Pun begitu surah yg menyeru org yg berselimut itu ada dua, al-Muddathir dan juga al-Muzammil. Jadi mana2 pendapat pun boleh jadi, yg penting kita tahu jgn tidur je kerjanya, sebarkan syiar islam ye~
Keadaan Nabi ketika wahyu Terputus
Selama mana putusnya wahyu itu, keadaan nabi amatlah kecewa, dan gelisah. Sedihlah Muhammad saw jika Allah telah meninggalkan Baginda. Keadaan yg serupa seperti kekasih yg mahu berpisah tiba2. Keadaan yg sama juga pada Siti Khadijah, hingga berkata;

“Saya bimbang kalau2 Tuhan matah pada kanda.”
Ada juga riwayat mengatakan keadaan itu menyebabkan nabi hampir2 mencampakkan diri di lereng bukit. Tatapi! Pendapat ini dibantah oleh pemimpin pertubuhan Sakerat Dagang Islam, yg ditubuh pada tahun 1908 di Indonesia, iaitu Haji Umar Said Cokroaminoto. Mustahillah nabi berniat mencederakan diri, tidak kena dgn gaya Nabi terulung dan agong.

 Keresahan nabi akhirnya terubat apabila turunnya wahyu, setelah lama terhenti, iaitu surah ad-Dhuha;
“Demi waktu Dhuha! Demi malam apabila ia sunyi. Tuhanmu tidak meniggalkanmu dan tidak pula marah. Sesungguhnya akhirat itu lebih baik engkau daripada dunia. Dan kelak Tuhanmu akan memberi kurniaNya kepadamu dan hatimu akan menjadi puas. Bukankah Dia(Allah) mendapati Engkau seorg anak yatim, lalu Dia memeliharamu? Dan Dia mendapati engkau sesat, lalu Dia memberi petunjuk? Dan Dia mendapatimu berada di dlm kemiskinan, lalu Dia memberimu kekayaan”

Tujuh bentuk wahyu yg diturunkan Kepada Nabi Muhammad saw
Wahyu jenis pertama berupa mimpi2 yg baik. Sepeti berlakunya semasa Nabi di Gua Hira, sebelum dtgnya Malaikat Jibrail as.
Kedua, berupa pengetahuan yg diletakkan oleh Allah swt atau Jibrail as. Tiba2 Nabi terasa mempelajari sesuatu ilmu sekelip mata, tidak didengari suara wahyu itu.

Ke3, bentuk Malaikat Jibrail as yg dtg kepada nebi berupa pemuda lelaki, kebiasaan berupa wajah sahabat nabi sendiri. Kisah, pernah terjadi dtgnya Dihyah al-Kalbi pembesar bani Kalb, menghampiri nabi dan mengajar nabi sesuatu. Sahabat pun hairan sedangkan dia hanyalah seorg jahiliyah yg baru memeluk islam waktu itu. Setelah diperjelaskan nabi, sebenarnya yg datg itu adalah Malaikat Jibrail yg menjelma sebagai Dihyah, pahamlah para sahabt yg lain.

Jenis seterusnya, ke4 berupa bunyi loceng. Suaranya tidaklah kita tahui dan dpt bayangkan. Sedang Islam juga tidaklah sukai bunyi loceng seperti mana agama Kristian gunakannya utk memanggil penganutnya ke gereja.
Inilah wahyu jenis paling berat, muka baginda akan berpeluh2 walaupun waktu tiu musim dingin. Pernah sekali nabi menunggang unta baginda, turunnya wahyu berat waktu itu juga, lalau unta Nabi itu terduduk kerana terasa berat bebannya.

 Zaid bin Thabit, pemuda Ansar, setiausaha wahyu Nabi, berpengalaman pernah sekali ketika beliau duduk dekat2 dgn nabi hingga pahanya berada di bawah paha Nabi( duduk bersila dan paha bertindih). waktu itu turunnya wahyu berupa suara loceng itu, dia bercerita;
“Adalah saya penulis wahyu utk Nabi. Apabila Nabi ,menerima wahyu keadaan baginda seperti org diserang demam yg berat, mengeluarkan peluh seperti bentuk manik2. Setelah itu baginda menjadi tenang kembali. Maka saya tuliskan wahyu itu mengikut seperti apa yg dibaca oleh nabi sendiri. Sebelum selesai, saya rasa kaki saya seperti patah kerana beratnya wahyu itu. Saya berkata kepada diri saya ketika itu; bahawa aku tidak akan dapat berjalan lagi selepas ini”

Begitulah beratnya wahyu jenis ini, hinggakan unta Nabi hampir juga patah, ketika nabi menerima surah al-Ma’idah.
Ke 5, ringanlah sikit, berupa bunyi seperti suara lebah. Bunyinya tidak lah sekeras loceng, cuma berdengung.
Malaikat Jibrail juga ada mengirim wahyu kpda nabi dlm rupanya yg sebenar. Itulah bentuk wahyu ke 6. Rupanya amatlah indah berkilau2 cahayanya, mempunyai sebanyak 6 ratus sayap. Terbang dari sisi Allah swt kepda nabi dlm masa sehari semalam shja.

Bentuk ke 7, Allah swt berkata2 secara terus dgn Nabi sepeti berlakunya kepada Nabi Musa as. Inilah wahyu yg paing utama, kerana tidak memerlukan perantaraan malaikat.
Sambung cerita berselimut, peluhnya nabi sewaktu itu, amatlah merisaukan Siti Khadijah sendiri.Itulah turunnya wahyu;

“Wahai orang yg berselimut, bangunlah, berilah peringatan, dan Tuhanmu agongkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa, tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi utk memperoleh yg banyak, dan utk ( memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah” (surah al-Muddathir, ayat 1-7)

Setelah menerima wahyu ini, bersemangatlah nabi , tidak lagi baginda mahu buang masa tidur. Ada urusan penting lagi mustahak, Nabi Muhammad saw kita mahu melihatkan perubahan akan kaumnya yg lebih baik disinari cahaya hidayah Allah swt. Malahan Siti Khadijah pun gembira melihat nabi bakal menempuh destinasi yg penting. Tetapi dinasihati kepada suaminya itu agar tidak tergesa2. Tetapi nabi tidak mahu membuang masa, lalu berkata;

“Tidak! Wahai Khadijah!, masa utk tidur dan berehat sudah pun habis. Jibrail telah memerintahkan aku supaya memberi peringatan kpd manusia. Dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah. Tetapi siapakah yg hendak aku seru? Dan siapakah pula yg mahu menyahut seruanku?”

bagaimana dgn anda?.. sudah cuba sebarkan dakwah??
sikit2 pun tidak mengapa ma~
niat itu yg penting ^_^

wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM