Sirah: Nabi Muhammad saw, 18

Assalamualaikum

Bab 18

Nabi Resmi dilantik menjadi Rasul

Memulakan dakwah Secara Rahsia

Setelah menerima wahyu kedua yg memerintah Nabi agar menyeru manusia tidak menyembah, memuja berhala, dan beralih kpd mentauhidkan Allah Taala, apakah tindakan nabi?
Perlunya nabi mengajak kaum kerabat baginda dahulu, kerana mereka lebih mesra, memahami, sentiasa tolong-menolong dlm kesusahan, dan sebagai bantuan semangat kerana sudah kenal sejak kecil.

Golongan Yg Pertama DiDakwah

Nabi bijak mengatur langkah agar berdakwah secara berperingkat2. Mula2~

Mengajak Ahli Rumah Baginda

Nabi mengajak Siti Khadijah, isteri baginda, sebagai org yg pertama memeluk Islam. Gembiralah Siti Khadijah kerana seruan Allah swt telah tiba. Isteri nabi itu amatlah berperanan dlm sokongan rohani dan menjadi tulang belakang nabi dlm berdakwah, terutama kpd kaum wanita.
Waktu itu tidaklah ada syariat2 seperti sekarang. Belum ada lagi rukun islam yg cukup 5, rukun iman yg 6. Caranya beribadat masih mengikut ajaran nabi Ibrahim as. Cuma pentingnya ketika itu agar percaya Allah itu tuhan Maha Agung. Dan tidak lagi menyembah berhala.

Bagaimana pula dgn anak2 baginda Muhammad Saw?. Memang kebiasaan anak2 akan mengikuti agama anutan ibu bapa mereka. Tidaklah wajib bagi mereke mengucap dua kalimah syahadat. Tentulah mereka akan mengikut ajaran nabi itu dgn senang hati.

Dlm hal ini lebihlah kita pentingkan Siti Khadijah, sebagai ibu puteri2 nabi yg masih kecil waktu itu. Seperti mana Sabda Nabi;
“Wanita terbaik di dunia ada enpat org, iaitu Maryam bt Imran, Asiah bt Muzahim ( isteri firaun ), khadijah bt Khuwailid dan Fatimah bt Muhammad” hadis riwayat Iman at-Tabari
Hadis yg lain~

“demi Allah! Allah belum memberi ganti seorg isteri yg lebih baik daripadanya ( Khadijah bt Khuwailid ) kepadaku, dia beriman kepadaku ketika semua mengingkariku, dia percaya kepadaku ketika semua org mendustakanku. Dengan perantaraannya Allah telah memberiku anak2” riwayat Imam at Tabari juga.
Ucapan pengakuan nabi ini amat tegas, kerana waktu itu Sayidatina Aisyah ra cuba bangkitkan perihal isteri pertama Nabi yg sudah meninggal itu, Allah telah menggantikan dgn dirinya, tetapi nabi kurg setuju.

Ali b Abu Talib

Oleh sebab Ali ra tinggalnya bersama, di rumah nabi, walhal adik beradiknya yg lain dijaga oleh bapa saudara yg berbeza2, kerana bebannya Abu talib memelihara mereka, waktu itu amatlah sempit perbelanjaan harian pemerintah Quraisy itu. Malahan anak gadisnya juga, Hammah, Atikah atau masyur dgn nama Ummu Hani itu juga bukan Abu Talib yg pelihara dirumahnya.

Kisah~
Pada suatu hari, Ali pulang ke rumah, didapati bapas saudaranya itu sedang mengerjakan Solat bersama isteri baginda. Hairanlah kanak2 itu, apa yg dilakukan keluarga akngatnya itu seraya bertanya;
“Kepada seiama anda berdua sujud tadi?”
“Kami sujud kpd Allah yg telah membangkitkan aku menjadi Nabi dan telah memerintahkan aku supaya menyeru dan mengajak manusia lain agar beribadat menyembahNya”

Kemudian nabi pun mengajak anak saudaranya itu sama2 memeluk Islam. Dibacakan ayat al-Quran dengan indahnya bacaan , maka Ali pun mendengar dgn teliti dn tertarik. Tetapi bakal Khalifah ke4 al-Rasyidin itu meminta masa utk difikirkan.
Malamnya dia bertemu dgn Nabi. sebenarnya Ali berhajat ingin menanyakan kepada bapanya akan hal itu tetapi tidak jadi, setelah Allah swt menimbulkan tanda tanya dlm hati Ali, ‘bukankah Allah dahulu menciptakan engkau, tanpa berunding dgn Abu Talib, kini kenapa pula utk beriman kamu perlu meminta izin ayahmu?’ lintas dlm fikirannya.

Zaid bin Harithah

Anak angkat Nabi yg pertama sebelum Ali ra. Ayahnya Harithah bin Syarahil dan ibunya pula Sa’da bt Tha’labah. Dia berasal dari Yathrib. Kisahnya, Zaid dilarikan oleh perompak, dan dijual di pasar Ukaz di Mekah. Hakim bin Nizam telah membeli dia, dan dihadiahkan kpd Siti Khadijah, dan kemudian diserahkan kpd Nabi. Pun begitu, Allah telah melarang perbuatan mengambil anak angkat selepas nabi diangkat menjadi Rasul. Kerana?, lebih kpd hal2 harta pusaka. Kaji lah ye.

Kerana kasih baginda kpd Zaid, nabi telah mengahwinkan dia dgn Zainab b Jahasyi, saudara Nabi yg sgt lawa. Ibu Zainab adalah Birrah bt Abdul Muttalib. Tetapi Zaid terpaksa bercerai dgn Zainab atas sebab2 tak dpt dielakkan. Dan kemudian berkahwin dgn Ummu Aiman. Di mana kemudian hari lahirnya Usamah b Zaid, cucu angkat nabi yg amat disanyangi selain al-Hasan, al-Husin.

Setelah hijrah ke Madinah, Zaid menjada panglima perang yg digeruni. Dia mati Syahid semasa perang Mu’tah pada tahun ke 8 Hijrah, ketika memimpin pasukannya menentang tentera gabungan romawi dan Arab Ghassan.

Ummu Aiman.

Sudah diketahui Ummu Aiman yg berketurunan Habsyiah adalah pengasuh nabi. tahulah dia akan Muhammad saw, anak jagaannya waktu ibunya nabi masih hidup itu, penuh dgn sifat2 terpuji, akhlaknya baik, bijak, cerdas, dan rajin, dan bukanlah nabi itu seorg penipu. Maka mudahlah juga Ummu Aiman memeluk Islam, sedang dia juga tinggal bersama nabi. Dah cerita tadi, dia berkahwin juga dgn Zaid. Manakala anaknya, Usamah adalah panglima perang yg handal, hinggalah syahid di Ubna yg ketika itu umurnya baru 18 tahun!.
Ummu Aiman meninggal ketika usia 110 tahun pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman.



wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM