Sirah: Nabi Muhammad saw, 16

Assalamualaikum

sedialah!, kita bakal bandingkan hidup kita, yg penuh kelalaian dan kealpaan, lagi dgn pengaruh budaya barat, dgn cara kehidupan Rasulullah saw dan 4 pemikir. Siapa idola anda?
pst.. jgn lah puja sgt artis2..tu,

Bab 16

Nabi Benci Kehidupan Kotor

Mula Mahu Mengasing Diri

Setelah Kaabah dpt dibaiki semua, Nabi yg mulanya gembira lama2 hati baginda kecewa lagi hampa melihat perangai org2 Quraisy suka menyembah berhala2 yg sebanyak 360 buah, yg kembali di letak semula di sisi sekeliling Kaabah. Tibalah usia nabi mencecah 40 tahun, sikap bencinya akan aktiviti penyembah berhala itu, timbul mengikut kehendak Allah.

Empat Pemikir Quraisy

Sebenarnya selain Nabi yg hampir diangkat menjadi rasul, ada juga org lain yg berperasaan seperti baginda. Tidak senang hati dgn kehidupan masyarakat arab yb kurang moralnya dan kotor. Mereka juga telah mengasingkan diri, dan memilih agama Nasrani atau Samawi kerana agama ini waktu itu lebih bersifat keagaman dan memuja Allah.

Waraqah bin Naufal

Kerana tidak suka dgn perangai org arab Mekah, dia mengadakan perhubungan dgn kaum Nasrani di Syam atau Yaman. Kerana dia juga seorg peniaga, sering mengikuti rombongan ke dua tempat ini. Dia juga amat cerdik dan bijaksana, suak juga dia mempelajari kitab2 agama, Taurat dan Injil. Maka amatlah alim dan pamernya dia dlm kitab agama Nasrani dan Yahudi ini.
Kerana dia juga jenis yg suka berdakwah, maka berusahalah dia menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Arab. Waraqah adalah sepupu dgn Siti Khadijah, malahan dia juga berhasrat membela Nabim ketika baginda sudah diangkat menjadi rasu oelh Allah, tetapi tidak sempat, meninggal dunia sebelum nabi dpt perintah menyebar agama Islam.

Zaid bin Amru

Zaid b Amru b Naufal b Abdul Uzza b Rabah b Abdullah b Qirt b Riyah b Rizah b Adi b Kaab b Lu’ai, juga adalah sepupu Umar bin al-khattab, bapa Umar bersaudara dgn Amru. Tidak seperti Waraqah, Zaid memilih agama Hanif, agama yg dibawa Nabi Ibrahim as, yg tulen.

Zaid dibunuh bersama temannya filasoof Rum. Kisahnya ketika Amru dtg ke Syam berjalan melalui perkampungan Bani Kilab utk ke Mekah, tetiba diserang oleh org2 Bani Lakham kerana menyangka dia membawa harta yg banyak.

Setelah nabi diangkat menjadi Rasul, seorg sahabat bertanya;
“Adakah tuan ingin meminta ampun ke atas Zaid, wahai Rasulullah?”
“Ya, kerana dia akan dibangkit di hari Qiamat nanti sebagai satu umat seorg dirinya”
Buktinya Zaid menganuti agma hanif adalah salah satu Syairnya

Saya tinggalkan Lata dan Uzza
Demikianlah laku seorg pahlawan yg sabar
Saya tidak beragama dgn agama UZza dan kedua anaknya
Juga saya tidak hendak mempercaya
Kedua berhala dari Bani Amru
Humbal juga tidak saya suka
Walaupun ia agama saya waktu saya masih kecil
Saya menyembah Tuhan Yang Maha Pemurah
Supaya Ia mengampunkan dosa saya yg banyak
Takutlah kamu kepada Allah
Peliharalah Dia
Bila kamu pelihara ini
Kamu akan selamat daripada binasa
Orang yg berbakti negerinya syurga
Orang yg kafir negerinya Sair
Uthman bin al-Huwairith

Membencikan berhala2, dia telah pergi ke Rom dan memeluk agama Keristian. Kerana itu dia dimuliakan. Ini menjadikan dia mabuk kuasa. Lalu berhasrat juga mahu menjadi gabenor Mekah. Tetapi hasrat itu tidak mendapat sokongan penduduk mekah sendiri. Dia mati terminum racun.

Ubaidullah bin Jahasy

Saudara kepada Abdullah b Jahasy, Hamnah bt Jahasy dan Abu Ahmad b Jahasy. Menantu kpd Abu Sufyan bin Harb, kerana berkahwin dgn Ramlah, yg terkenal dlm sejarah Nabi dgn nama Ummu Habibah, kemudian hari menjadi Ummu Mukminin.

Sikap bencinya terhadap berhala disimpan hinggalah nabi menjadi Rasul, lalu dia memeluk agama Islam. Ketika tahun ke5 kenabian, dia berhijrah ke Habsyah, bersama isterinya. Ketika berada di bandar bernama Aksum, Ubaidullah menukar agama ke Nasrani, dan meninggal sebagai seorng Kristian.

Kisah Pembawa Berhala Pertama di Mekah

Org yg membawa masuk berhala ke Mekah adalah penduduknya sendiri, bukan org luar. Dia adalah Amru b Amir, slh seorg dari suku Khuza’ah.

Berlakunya perkara in setelah suku Khuza’ah berjaya merampas jwt2 di kota suci itu dari kaum Jurhum beratus2 tahun sebelum kelahiran Nabi. Amru, yg memegang jwt terpenting waktu itu, telah pergi ke Syam, mungkin utk berniaga. Sampai shja salah satu kota di Jordan, iaitu Kota Patra, dai melihat penduduk di sana menyembah berhala, lalu dia pun tertarik akannya.

Dia pun membeli patung berhala, membawa pulang ke Mekah, menyeru penduduk di sana menyembahnya kerana kononnya boleh membawa rahmat, terutama turunnya hujan. Lebih teruk mereka pun percaya, dan sedikit2 demi sedikit meninggalkan agama yg mentauhidkan Allah.
Macammana mereka boleh terpengaruh, tak logik?, tengok shja sekarang. Mcm2 hiburan melalaikan, idol sana sini, org ikut shja, walau tahu ia bertentangan/ tidak elok dgn kesucian agama Islam.

Bertahanus Di Gua Hira

Ketika nabi umurnya dlm 35 tahun, baginda mula bosan dgn kehidupan di kota Mekah, di tengah2 masyarakat kaum Quraisy waktu itu. Hidup mereka hanya mencari rezeki dan berhibur dgn segala maksiat. Penari perempuan, arak, judi, pesta, dan sebagainya sudah menjadi rutin. Tiada bezanya dgn masyarakat sekarang, berhibur di kelab2 malam hingga pagi buta.

Sejak itu, Nabi tidak lagi merayau2 di kota Mekah seperti selalunya. Baginda umpama berdagang di bumi yg asing. Tentulah isteri kesayangan nabi, perasan akan perubahan suaminya itu. Kelmarin, Siti Khadijah melihat kehidupan nabi riang ria, bangun pagi, berurusan dgn org ramai, keperluan dapur sentiasa diambil kira.
Tetapi, kini, sentiasa murung menyendiri, memikirkan sesuatu yg berat. Gayanya seperti org yg tidak mahu hidup lagi. Tetapi tidaklah bermakna nabi lupakan tanggungjawabnya bersama Siti Khadijah.

Setelah berpk pk, teringatlah nabi akan tempat yg sesuai utk dirinya menyepi. Sebuah bukit di utara Mekah, kiraq2 6 batu, bukit bercahaya yg bernama Bukit cahaya, In arab disebut Jabal Nur lah.
Maka nabi pun meminta Siti Khadijah agar sediakan bekalan yg mencukupi, agar dia dpt mengasingkan diri utk beberapa hari. Siti Khadijah yg sudah pun 53 tahun itu, tidaklah membantah, tidak juga kesunyian kerana anak2nya ada utk menemaninya.

Kelakuan Muhammad al-Amin selama  kira2 5tahun itu, tidaklah dihiraukan sgt org2 Quraisy. Bagi mereka, tiada yg dibimbangkan akan perbuatan insan terpuji itu, tentu shja hanya buat amalan2 yg baik2. Tidaklah mereka rasai perasaan nabi, kerana nabi sudah mengasingkan diri dari berbual2 dgn mereka.

 Utk mendaki ke gua yg ada di atas bukit itu, adalah kira2 30 ke 45 minit perjalanan. Lorongnya amat sempit. Tetapi adalah kekuasaan Allah menjaga baginda agar tidak terjatuh dan terluka. Di atas sana, Nabi jadikan tempat beribadat, berzikir, solat, berdoa dan bermunajat kpd Allah swt berpandukan ajaran Nabi Ibrahim as. Di Gua Hira, tempat bermulanya pancaran sinar Islam.

Nabi bertahannus di sana tidaklah sepenuh masa. Hanya sebulan dln setahun. Dan kebiasaannya di bulan Ramadan. Jika bekalan baginda habis, nabi akan pulang sebentar, kemudian pergi lagi.
Ada pun juga, Siti Khadijah risau akan keselamat Nabi, apabila tidak pulang mengikut waktunya, iaitu setiap 10 hari. Setelah 15 hari tidak pulang, maka Siti Khadijah akan mengarahkan org suruhannya utk tengok keadaan baginda disana, dan Alhamdulillah, sentiasa sihat walafiat, barulah lega isteri nabi itu.

Sedikit tentang Gua Hira

Letaknya gua kesayangan nabi ini amatlah tinggi. Hinggalah org yg mengerjakan haji di Mekah mengatakan amatlah sukar utk sampai ke gua itu. Naik pun amatlah sukar, Cuma sekarang sudah dibina tangga agar jemaah haji mudah untk melawat tempat di mana nabi mula2 menerima wahyu itu. Lubang gua itu tidaklah luas. Padan diduduki oleh seorg shja dlm satu2 masa. Utk naik lorong2nya matlah kecil, hingga org yg amat kurus pun belum tentu lepas. Di dlm gua, ada kala terkena cahaya matahari, ada bhgian lain tidak. Amatlah sesuai utk nabi beribadat di sana dgn tenang.

Di sini kenalah faham, sesungguhnya Allah telah kurniakan setiap insan yg bergelar nabi tenaganya amat berbeza, seakan2 emnyamai 40 org lelaki biasa. Tidaklah perlu hairan kerana amanat mereka sgt2 berat dan payah emenmpuh dugaan. Anehnya mengikut kata Muhammad saw, tika melalui lorong2 di Jabal Nur itu, sentiasa mendenar suara menyapa baginda, menegur seperti;
“Assalamualaika ya Rasulullah”

Setelah memaling tiadalah sesiapa yg mendekati nabi. setelah kian lama menjadi rasul tahulah akan baginda yg memberi salam itu ialah batu2 dan pokok2 kayu yg tumbuh dilaluan baginda ke gua Hira. Imam Abu Muhammad Abdul Malik b Hisyam, meriwayatkan dlm kitabnya Sirah an-nabawiyyah nya. Manakala Imam Muslim pula ada juga meriwayat dlm kitabnya, mengisahkan hal itu. Hadis nabi;
“Saya tidak mengetahui sebuab batu di Makah yg pernah mengucapkan salam kepada saya sebelum saya diutus, tetapi sekarang saya mengetahuinya”

Mendapat Mimpi yg Baik

Mengikut riwayat drpd Ummuhatul Mukminin Siti Aisyah rha bahawa bila hampir2 sampainya wahyu Allah diturunkan kpd Nabi, baginda sering dudatangai mimpi yg baik, seperti melihat pemandangan  subuh yg terang, di mana keadaannya membawa ketenangan, keseronokan, dan keindahan. Sejak itu, nabi sering bertahannus di Gua Hira selama 6 bulan berturut2, dan hanya pulang jika bekalan habis shja. Waktu itu usia nabi lebih 40 tahun.

teringin nak ada gua cam Nabi saw, boleh menyendiri, pk pasal dosa pahala,
jauh dari gangguan, jauh dari pengaruh, tenang kan diri.
hanya ingat Allah Taala shja.
huhu

wassalam 

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM