Sirah: Nabi Muhammad saw, 21
Assalamualaikum~
dh lame nk update pasal penulisan sirah nih.
tapi byk betul rintangan. Yela kitab dia pun besar lagi tebal.huhu.
jadi cuti yg sekejap nih, sempat taip nih je..huhu
dh lame nk update pasal penulisan sirah nih.
tapi byk betul rintangan. Yela kitab dia pun besar lagi tebal.huhu.
jadi cuti yg sekejap nih, sempat taip nih je..huhu
Bab 21
Orang bukan Quraisy yg Masuk Islam
Mereka yg ditarik dgn Hidayat
Tidaklah semertinya diawal penyebaran Islam
itu hanya tertumpu kaum Quraisy Mekah, dan org2 arab shja. Hidayah itu milik
Allah Taala. Sesiapa shja boleh menerima cahaya Nur Nya, dan memilih Islam
sebagai agama mereka. Jadi adapun org2 Habsyi, Farsi, Rom yg tinggal di Mekah
menerima kebenaran dan mengikut perjuangan Nabi Muhammad saw.
Antara kisah2 menarik mereka ialah~
1. Abdullah Bin Mas’ud
Berasal dari kabilah Huzail, di mana
perkampungan mereka luar dari kota Mekah. Bekerja sebagai penggembala kambing
milik Uqbah bin Abu Muaith, iaitu bapa tiri sayidina Uthman, juga jiran Nabi.
Kisahnya bermula, pabila Nabi berjalan2
bersama Abu Bakar, mencari insan yg ada gayanya boleh menerima Islam secara
baik, dgn kata lain Nabi memerhatikan tingkah laku org itu dahulu, bila nampak
mulia, baik hati, baru Nabi berdakwah.
Maka nabi pun bertemu dgn si penggembala
kambing yg byk itu, diperhatikan amatlah cerdas, sopan dan penuh kekaguman. Dgn
itu Nabi pun betanya;
“Adakah anak mempunyai susu?”
“Ada tuan tetapi saya ini hanya penjaga
shja” jwb Abdullah b Mas’ud, jujur.
“Adakah di antara kambing2 betina jagaan
anak ini yg belum dikahwini oleh kambing jantannya?” tanya Baginda lagi.
“Ada” jwbnya kembali.
Tanpa berlengah dia membawa kambing yg
dimaksudkan kpd nabi, lalau Nabi menyapu susu kambing yg kempis itu dgn tangan
baginda.
Tiba2 kantung susu kambing itu penuh dgn
susu. Maka diminta Abdullah bin Mas’ud membawa bekas susu yg diperbuat drpd
batu kepada baginda utk di sisi susu tersebut. Nabi menyerahkan bekas itu kdp
Abu Bakar utk diminum susunya, kemudian Ibnu Mas’ud, gelarannya satu hari
nanti, dan barulah giliran nabi. setelah selesai, nabi pun berkata;
“Kembalilah engkau seperti sediakala”
Maka bekas susu itu pun kering tiada susu
lagi di dalamnya.
Melihat keadaan itu, maka Ibnu Mas’ud
yakinlah insan di hadapannya itu seorg yg besar dan suci dengan ini Nabi pun
mula berdakwah mengajak memeluk Islam.
Nabi memegang kepada Abdullah bin Mas’ud
seraya berkata;
“Allah memberkati engkau wahai anak. Engkau
adalah anak yg akan dilimpahi ilmu”
Dgn ini, beliau adalah org yg terawal
memeluk islam, dikira sebagai Sabiqul Awwalun. Beliau berhijrah ke Habsyah
sebyk 2kali. Dan menyertai perang Badar,
di mana dia berjaya memenggal kepala Abu Jahal.
Keunggulan beliau dlm dua perkara.
Dlm ilmu, beliau seorg yg sgt alim,
hinggakan dia salah seorg drpd 7 org shbt yg paling byk berfatwa. Sering
berlainan pendapat dgn Zaid bin Thabit, juga shbat nabi.
Dlm bersahabat, beliau amat rpt dgn baginda
Rasululullah saw. Hingga Nabi bersabda;
“Engkau ku izinkan menyingkap tabir dan
mendengar rahsiaku sehingga aku melarangmu.”
Selaku salah seorg yg juga berhidmat dlm
rumah tangga Nabi, beliau ada 3 tugasan. Sebagai penjaga kasut, penjaga bantal
dan penjaga air wudhu.
Hinggakan Abu Musa al-Asya’ari bercerita;
“Aku dtg dari Yaman bersama saudaraku. Kami
berdua menetap di Madinah selama beberapa hari. Ketika melihat Abdullah b
Mas’ud, aku menyangka dia adalah salah seorg keluarga Nabi, malahan ibunya
juga, Ummu Abdin bt Abdud, sering keluar masuk rumah Nabi, Abdullah b Mas’ud
sgt suka mengikut sunah2 yg dilakukan Nabi”
Beliau meninggal di Madinah ketika
pemerintahan Sayidina Uthman.
2. Abu Zar al-Ghifari
Nama sebenarnya adalah Jundub b Junadah.
Gelaran Abu Zar itu pemberian Nabi saw atas perkara peristiwa besar, iaitu di
waktu peperangan Tabuk. Ce cita~
Ketika perang itu, beliau tertinggal jauh
ke belakang akibat beberapa masalah. Ketika Nabi dan tentera Islam berehat di suatu
tempat, kelihatan bayang2 Jundub b Junadah samar2 sayup menunggang unta menuju
kerah nabi dan para sahabat. Lalu Nabi bersabda;
“kesian Abu Zar dia tertinggal di belakang.
Dia akan mati keseorgan dan dia juga dibangkitkan seorg diri”
Kata2 nabi itu adalah mukjizat. Betullah
Abu Zar yg bermaksud Bapa Yg Tertinggal, beliau dibuang daerah kerana Kuatnya
mengkritik pentadbiran yg dilaksanakan oleh khalifah Uthman. dan sedang di hari
Qiamat nanti, dia juga dibangkitkan seorg diri seperti yg dukatakan Nabi.
Manakala gelaran al-Ghifari itu diberikan
berdasarkan tempat asal Jundub b Junadah, iaitu perkampungan al-Ghifar.
Kisahnya
beliau memeluk Islam pula, ialah pabila Nabi menyebarkan dakwah secara
terbuka hingga ke pendalaman Arab, termasuklah perkampungan al-Ghifar. Jundub b
Junadah sendiri telah menghantar saudaranya Anis(Unais), ke Mekah menyiasat
berita kehadiran Rasul Allah yg sedang berusaha menyeru dan menyebar sinar
Islam itu. Setelah puas dan yakin, betullah hal itu, maka Anis bin Junadah
pulang ke sisi saudaranya. Dan ditanya;
“Bagaimana keadaan org yg mengaku jadi Nabi
itu?” tanya Abu zar.
“Saya lihat dia menyuruh perkara yg baik2
shja dan melarang dari perkara2 buruk dan jahat. Dan aku lihat dia menyuruh
supaya bersikap dgn akhlak yg mulia. Selain itu katanya dia adalah utusan Allah
kpd Manusia dan juga jin” Jelas Anis pula.
“Bagaimana sikap org ramai terhadap
beliau?” tanya abu Zar lagi.
“org ramai menuduhnya penyihir, penyair dan
tukang tilik. Tetapi demi Allah, dia adalah benar dan penuduh2 itu dusta”
“Cukuplah, biar aku pergi sendiri ke sana
utk menyelidik” tekad Abu zar utk lebih kepastian.
“Berhati2 lah nanti bila engkau berada di
sana” pesan Anis b Junadah.
Kemudian pergilah Abi zar ke Mekah
berbekalkan karung bungkusan dan sebatang tongkat. Tidaklah dia kenalm sesiapa
pun di sana. Dan dia sendiri memilih utk bermalam di dlm Masjidil Haram. (
sekitar Kaabah). Berhari2 menanti, lalu dia dpt memerhatikan dan perasan adanya
2 org pemuda yg melakukan tawaf, kemudiannya mengerjakan solat. Selepas selesai,
bergegaslah Abu zar bertemu mereka. Ternyata keperibadian nabi yg muka baginda
penuh cahaya kebenaran mudah dan jelas terlihat kpd sesiapa yg diberi hidayah
Allah. Mereka pun bersapa.
“Assalamu alaikum ya Rasulillah, saya
mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan saya mengaku Muhammad
Rasulullah”
Wajah Nabi berseri2 selepas mendengar
pengakuan lelaki asing ini, di mana tidaklah nabi mempelawa beliau pun agar
masuk Islam. Kemudian Nabi bertanya;
“Siapakah saudara ini?”
“Saya adalah org Ghifar”
“Bila saudara sampai di sini?”
“Sudah 30 hari”
“Apakah yg saudara makan selama masa itu?”
“Tidak ada apa2 yg dapat saya makan selain
air zam2. Saya telah jadi gemuk dan telah terasa kepanasan di dlm perut saya”
“Air zam-zam itu adalah makanan bagi yg
memakannya dan menjadi ubat bagi yg berpenyakit. Kalau saudara minum utk
mendapat kenyang, nanti saudara akan dapat kenyang”
Adapun kisah lain, sebenarnya Abu zar
bermalam di Masjidil haram hanya 3 hari shja. Malam ke-3 dia bertemu dgn
Sayidina Ali,yg kemudian mengajaknya bertemu dgn Nabi di rumah Arqam. Di sana
barulah Jundub b Junadah memeluk Islam.
Setelah beragama Islam, beliau terus
berhasrat mendakwah org2 Quraisy kafir pula, tetapi nabi melarang. Tetapi
kerana sudah tekad, beliau melakukannya juga, di hadapan Kaabah, beliau berani
melaungkan kalihmah tauhid. Maka dipukul oleh org2 Quraisy dan org ramai yg
belum beriman hingga pengsan. Lalu dtglah al-abbas b Abu Muttalib, meleraikan
mereka.
“Celakalah kamu wahai kaum Quraisy! Apakah
kamu mengerti bahawa org ini adalah slh seorg daripd kabilah Ghifar? Padahal
kamu semua tahu letaknya perkampungan itu iaitu di laluan perniagaan kamu
setiap ka;I pergi berniaga ke Syam”
Mendengar hal itu, maka org Quraisy pun
membebaskan Abu Zar. Pun begitu esoknya Jundub b Junadah, melakukannya lagi.
Dan dtglah kaum2 Quraisy memukul beliau. Tetapi dihalang juga al-Abbas, sekali
lagi.
Setelah Abu zar pulang ke kampungnya
didapati saudaranya Anis b Junadah, telah pun beriman dan sengaja dia
rahsiakannya takut dimarahi. Kemudian Abi zar mengajak juga ibunya beriman,
diterimanya dgn senang hati. Mereka jugalah berdakwah org2 kampung mereka pula.
Dan sebelum peristiwa berhijrah ke madinah sudah separug yg masuk Islam. Dan
sewaktu Nabi memerintah Madinah hampir kesemua rela memeluk islam,
Alhamdulillah, semua berkat usaha sahabat nabi ini dan saudaranya.
3. Khabbab bin al-A’rat
Seorg hamba kpd Ummu Anmar. Walau tidak
pasti keturunannya, ahli sejarah yakin, beliau antara org yg awal memeluk
Islam, dan pekerjaannya selaku tukang besi yg mahir. Ititu membuat alat
perkakas kegunaan harian, dan juga senjata utk dijual oleh tuannya.
Hidupnya hinggalah waktu negeri2 Iraq
dibuka dan mencapai kemewahan utk diduduki oleh umat2 Islam pada zaman sayidina
Umar al-Khatab memerintah. Menangislah juga beliau akan pencapaian yg gemilang
itu. Tidak disangka hidupnya yg susah dahulu sudah berubah, dgn hadirnya sinar
kebenaran.
4. Shuheib b Sinan
Dirinya bukanlah org Rom, sebaliknya beliau
ditawan, dan dijual kpd org Rom. Lalu dipelihara dgn budaya mereka, dan
menjadikan mahir Shuheib berbicara dlm bahasa Rom.
Sebagai wakil org Rom, di sisi Nabi.
meninggalnya di waktu Uthman memerintah sebagai Khalifah ke-3 Ar-rasyidin.
Salman al-Farisi
Tentulah, berbangsa farsi, beliau dtg dari
jauh memeluk islam setelah bertemu Nabi. Dlm sejarah, beliau yg mengutarakan
pendapat utk mengali parit dlm pererangan ahzab yg masyhur kemenangan Islam.
Lain2 org
Beriman
Jumlah keseluruhan Muslimin muslimat yg
memeluk islam ketika Nabi saw berdakwah secara sembunyi seramai 55 org. Ini
menurut riwayat Ibnu Ishak. Pun begitu, dlm cerita lain Umar al-Khatab yg
memeluk Islam sewaktu tahun ke 6 kenabian dianggap org yg ke 40 memeluk Islam.
Nama2 mereka yg digelar Aahiqul Awwalun, 57
kesemuanya~ perg kena tulis 1 by 1..hehe
1 Siti Khadijah bt Khuwailid
2Ali b Abi Talib
3Zaid b Harithah
4Ummu Aiman
5Abu bakar as-siddiq
6Uthman b Affan
7az–Zubbair b al-Aqqam
8Talhah b Abu ubaidullah
9Saad b Abu Waqqas
10 Abdul rahman bin Auf
11Abu Ubaidah b al-Jarrah
12Said b Zaid
13Abu Salamah b Abdul Asad
14Ummu Salamah bt Abu Umayyah, Isteri Abu
Salamah bin Abdul Asad
15Arqam n Abu Arqam
16Uthman b Madz’un
17Qudamah b Madz’un
18Abdullah b Madz’un
19Ubaidah b al-Harith b Abdul Mutallib
20Saudah bt Zam’ah, isteri Ubaidah b
al-Harith
21Said b zaid
22Fatimah bt al-Khattab, isteri Said bin
Zaid
23Asma’ bt Abu Bakar as-Siddiq
24Aisyah bt Abu Bajar as-Siddiq
25Khabbab b al-A’rat
26Umar b Abu Waqqas
27Abdullah bin Mas’ud
28Mas’ud b al-Qari
29Salis b Amar
30Hatib b Amru(Abu Baltaah)
31Iyah b Abu Rabiah
32Asma’ bt Salamah
33Khunais b Huzafah,suami kpd Siti Hafsah
bt Umar
34Amir b Rabiah
35Abdullah b Jahasy
36Abu Ahmad b Jahasy
37Ja’far b Abu Talib
38Asma’ bt Umais, isteri Ja’far b Abu Talib
39Hatib b al-Haris
40Fatimah bt Mujallil, isteri Hatib b
al-Haris
41Khattab b al-Haris
42Fukainah bt Yasar
43Ma’mar b al-Haris
44as-Saib b Uthman b Madz’un
45Al-Muttalib b Azhar bn Abdul Auf
46Ramlah bt Auf,isteri al-Muttalib b Azhar
47an-Nahham Nu’aim b Abdullah
48Amir b Fuhairah, bekas hamba Au Bakar
49Khalid bin Said bin al-Ass
50Hatib b Amru b Abdul Syams
51Abu Huzaifah bn Utba b Rabiah
52Waqid b Abdullah
53Khalid b al-Bukhair
54Aqil b al-Bukhair
55ilyas b al-Bukhair
56Ammar b Yasir
57Shuheib b Sinan ar-Rumi
wassalam~
Comments
Post a Comment