Kesah Penternak Ayam...

Assalamualaikum
hoho.. ayam serama~ atau ayam katik~
Bukan ayam kampung.. mahupun jenis tinggal dlm hutan..
tapi aku mmg pernah jerat ayam hutan..
okooookoooooooooo~
Best.

Baik, bermulanya kisah ku si penjaga ayam serama start masuk tingkatan 1.
ye, time baru lepas UPSR..
Dulu 2ekor ja.. abah bawak balik, dapat dari kawan abah.
dari dua ekor..generasi pertama
Bertelur..menetas 3 ekor jantan.
oren, hitam, putih.
Yg oren nama dia Zek.. ayam kesanyanganKu.. bakal putera raja..
pemereintah generasi kedua.
lepas tu 4 ekor..
3 betina, sekor jantan.
Kawin-kawin, ada lar cucu cicit. tah berapa ekor tak ingat.

Semebelih.
Yup, Paman ku pernah tolong sembelihkan antara deorang..
adalah 3 ekor malang..tapi.. daging deorang mmg tak sedap..dah la sikit.
memang ayam serama tak sesuai buat lauk.
kalau sedekah, 2 ekor, kat org kampung, dh minat nak bela, kasilah sikit.

Bagi ku, musuh utama ayam serama hanyalah biawak dan ular.
Ye biawak mmg agak jahat!
Kacau ayam betina mengeram, makan telur2, kekadang anak ayam pun disambar.
aku?
Setiap kali ayamku tetiba bising kat bawah rumah, adala makluk keparat tu, dtg menganggu. Kena turun, halau, kejar sambil bwk chop.
Setakat ni pernah bunuh sekor ja biawak ni..besar gak..selebihnya, ekor putus.. Seram tau lawan dgn biawak..lagi2 bila dengar bunyi nafas..seeee..


Tragedi ular sawa.
mungkin masa aku tingkatan 3 tak ingat sgt.dekat2 PMR.
Malam.. mmg tragis..menagis ku malam tu. bila reban ayam2 serama ku diceroboh ular sawa.. besar!!.. apa aku buat..ambil chop
( ala, yg pekebun guna tuk chop pelepah sawit) yg berat!!..
aku cuba chop ular tu...
banyak kali, mak aku jerit "jgn dekat sgt!!"
Abah pula hanya mampu menyuluh lampu, ke arah reban tu..
melihat gelagat ku yg bertindak liar.hilang kawalan.
Saat tu mmg aku ada niat nak bunuh ular tu. geram!
Tapi, ular tu dpt keluar ikut lubang belakang reban,
haii..ada pulak lubang..SIGH.
Yang pasti atuk ayam serama tu dah terbelit sudah tak sempat di'ngap ular.
mati.

Lepas tu si Zek la jadi peneraju. Dia lah Raja kedua, yg paling terer
berbanding ayam2 jantan lain.. malah dah beliau paling aku sayang.
laga?.. ye dengan ayam hutan pun, dia pernah lawan tau!
sejak aku masuk sekolah asrama penuh.. ayam serama rumah ku, tak terjaga.
tapi msih lagi berkembang ayam2 serama tu..

Masa habis SPM.. aku tak sabar2 nak jenguk ayam2 peliharaan tu.
tapi sampai ja rumah. sayu.. sepi..takda ayam berkokok..
Ku biar..pagi esoknya, aku tengok reban..kosong.
Baru mak cakap, masa aku ambik SPM, ada ular dtg.tak dpt makan,
tapi BISA ular tu, tersembur2.
bunuh ayam2 tu.. ya termasuk Zek, mati..menangis tak berlagu aku.
Malah, dalam banyak2 15 ekor lebih..yg tinggal 4 ekor.
tu pun deorg dah tak terjaga.. maksud aku, aku dh give up nak bela.
Lalu hilang keserian rumah ku.. yg dulu setiap kali sedara mara kunjung,
ada yg mengejar, nak tangkap ayam2 nie
 halaman rumah ku, InsyaAllah "berseri2" la suatu hari nanti, 



Lepas?
yup sejak awal bela, ayam serama ku mmg bebas merayau keliling rumah.
cuma kena ada orang tukang bukak pintu reban pepagi,
kasi makan dedak ayam, pastu halau masuk reban bila nak magrib.
ala kampung~

Dlm 2 tahun, lama2 yg tinggal hanya si jantan Hitam.
kesepian, kesekoran, tiada teman, makan dgn ayam kampung lain
tiada reban, tidur atas pokok..tidak dibagi dedak ayam.
Tapi Allah Maha Adil, Maha pemurah lagi Penyanyang,
kesabaran beliau,
akhir tahun lepas, abah bawa ayam serama betina, dari rumah kawan dia.
sebab.
aku.

aku rindu nak jaga ayam serama, sejak habis SEM 1, kat UTeM,
aku pujuk mak beli teman baru si Hitam nie.. cian dia.
takda kekasih, tak da zuriat.
mungkin masa tu aku sedar, baru merasa kehilangan orang yg aku sayang.
putus cinta lar..
aku memahami si Hitam nie..tak patut aku biar jer.
TERIMA KASIH abah, sgt sayang sama ABAH

Jadi kerajaan yg lama dah tumbang tu mula didirikan semula.
dengan keintiman dua ekor tu.
Maka menetas lah 5 ekor anak ayam harapan baru.
tapi sekarang hanya tinggal 2.
Takpa permulaan baru.
Honey and Clover bersama 2 ekor chick, dua dua ireng ekot bapak dia~
Tapi kali ni jaga dalam reban. takut gak tau.
Biawak? sejak siap projek perumahan belakang umah ku,
deorang hilang habitat.
PADAN MUKA.
Ular?.. aku hanya mampu mengharap, agar Allah jauhkan
ayam2 serama ku dari bala yg dulu tu.
Amin.

Yup.. Aku suka jadi budak kampung~
n masih setia dgn DIA.
selagi masih cinta. masih kawan.
sayang AWAK..huhu
ekeke.

Comments

Popular posts from this blog

Nk mula tulis Blog balik weh

TG: Muqaddimah

Tahun AKhir @ UTeM